Friday, November 4, 2011

Kononnya Cerpen : Spoil Day

# Salam semua, maaf sangat-sangat sebab blog ni dah lama single sebab kena tinggal dengan tuan dia. Padahal bukan busy pun, tapi sebab takut nak berblogging. Kang dah addicted, habes buku tunggang langgang entah kemana.


Tak tahu nak cerita pasal apa, so cerita pasal aktivitI harian boleh? Semuanya berlaku dalam satu hari, so kita panggil hari tu Spoil Day. ( OK, tak baik merungut... )

Cerpen baru setat.... :D

Spoil Day tu baru je berlaku dalam minggu ni. Sewaktu diriku sedang kelam kabut menyiapkan repot a.k.a laporan ( maklumlah suka buat keje last minit, hobi... ). Oleh itu, aku bangun seawal pagi untuk menyiapkan repot tersebut. Sengaja kubangun awal kerana seorang lecturer baru yang akan mengajar pada hari tersebut. Ikutkan hati, ingin sahaja aku memonteng kelas tetapi memandangkan lecturer tersebut garang tahap cipan terpaksalah aku datang. Kerana terlalu takutkan lecturer tersebut, aku terpaksa menahan kerenah perut yang meronta minta diisi dan juga hasrat hati untuk mencetak repot tadi. Aku takut kerana sekiranya lambat ke kelas ini, lecturer tersebut akan menghalauku keluar dari kelas ( dahsyat giler lecturer ni, suka halau orang... )

Pabila panas di kerusi mula membahang, aku mendapati kelas dibatalkan kerana kelas bakal bermula selepas cuti midsem, ( bengang tahap gajah tahu! ) . Namun, kesempatan itu kugunakan untuk mencetak repot yang tergendala tadi. Dengan  penuh semangatnya aku membawa pendriveku ke CC yang berdekatan. Ketika itu, terlalu ramai pelajar yang menunggu giliran sehinggalah tiba giliran seorang awek di depanku. Dengan muka yang bersalah dan ketakutan, beliau mencucuk pendrivenya dan selang beberapa minit beliau terus mengeluarkan pendrive tanpa mencetak apa-apa. Aku mula curiga dan rasa tidak sedap hati, namun kerana kasihankan rakan-rakanku yang menanti di luar aku mencucuk pendrive dengan rakusnya. Tiba-tiba....

MALWARE detected! Errrr... aku keluarkan pendrive dan sekali lagi mencucuknya. Ternyata pendriveku dijangkiti virus, patutlah awek tadi ketakutan. Rupanya beliau telah menyebarkan virus pada PC di CC tersebut dan mangsanya adalah pendriveku! Terasa panas badanku, kerana menahan marah. Selesai menguruskan repot tadi, aku terus pulang ke bilik dan mengscan pendriveku. Memang benar telahanku, penuh Trojan dan Worm.... Grrrrr, seperti biasa mulut kutahan dari mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya tetapi aku gagal mengawal hatiku. Bukan main laju dia mengutuk awek tadi, tak sempat kutahan. Adoiiii...

Apalagi, aku terpaksa mengformat semula pendriveku yang mengandungi pelbagai gambar kenangan dan music video kegemaranku tak lupa juga kertas-kertas esainmen yang separuh siap. Dengan perasaan sedih, aku mengformat pendrive tersebut maka pendriveku kini kosong sekosong-kosong hatiku. Petang itu, aku bersiap ala kadar untuk ke makmal yang terletak nun jauh di atas bukit. Aku dan rakanku terpaksa berjalan kaki mendaki bukit yang tinggi itu. Sesampainya kami di sana, kami berhenti rehat di kawasan yang beraircond untuk menyejukkan badan. Namun, selang beberapa minit kudengar suara rakan-rakanku yang lain berbual dengan seorang Pembantu Makmal.

Aku memasang telinga mencuri perbualan mereka dan... 
#$%&*@!!!
Ramai juga yang mencarut, rupa-rupanya Kelas Amali di makmal juga dibatalkan kerana akan diadakan selepas cuti midsem. Aku bertambah bengang, kerana telah membazir masa dan tenagaku. Nak menangis pun ada. Kami pun beramai-ramai berjalan menuruni bukit tadi dengan perasaan bercampur baur; geram, sedih, bengang. Agaknya kalau dicampur semuanya mungkin boleh dibuat belacan.

Sampainya dibilik, aku merenung semula semua perkara yang terjadi pada hari tersebut. Baru kusedar, betapa teruknya hari yang kulalui. Mungkin inilah akibatnya jika tidak memulakan aktiviti harian dengan Basmallah. Namun, aku kuatkan keazaman bahawa adat menuntut ilmu memerlukan kesabaran yang tinggi. Kemudian, aku pun.... tertidur kepenatan.

## Moral of the story : Bacalah Bismillah selalu. Btw, TAHNIAH kepada Sis Wanie ( FirdaniLoveStory ) sebab dah grad, sayangnya kita tak sempat berjumpa kan? Kepada semua, maaf sangat2 sebab entri ni panjang dan agak pelik dari kebiasaan. Oh yaaa, selamat Hari Raya Aidiladha semua. 

p/s : Esok balik Ganu, yeeehaaaa!!! Rindu nok jupe Ashaari, kahkahkah
Gambar kredit to : DuniaSukan.com