Thursday, June 30, 2011

Luahan Hati Botak

Hai, nama aku Botak. Jangan panggil aku Naim sebab aku benci. Kenapa aku benci, sebab nama tu dekat sangat dengan nama Daim si budak debat tu.

Umur aku 17 tahun, aku masuk Sekolah Wira Bakti ni sebab.... argh ada la. Citer lama, malas aku nak ingat balik.

Aku kat sekolah ni memang femes sebab aku ni House Captain, budak budak semua takut kat aku. Warden pilih aku jadi House Captain sebab aku ni macho, hensem dan lagi satu sebab aku ni botak. 

Korang semua tak tahu satu rahsia. Ni aku nak bagitahu, dulu aku ada awek sebelum aku masuk sekolah ni. Aku memang sayang lentuk ngan dia. Aku tak syok sangat pon kat Zakiah ngan Nadia tu, aku tipu tipu jer nak usha diorang.

Dia memang baik, aku sayang gila gila gila gila to infinity kat dia. Kalau tak kerana pengawas bongok tu aku takkan masuk sini. Kalau aku tak masuk sini, konfem aku boleh bercintan cintun lagi ngan dia.

Sebab rindu bangat kat dia, hari Senin tu aku masuk senyap senyap ofis Tuan Raja. Sekali aku tengok laptop dia tengah on. Siap online Facebook lagi tuh.
Aku ambik kesempatan bukak Facebook awek lama aku, saja nak skodeng dia balik. Bila aku bukak page dia, mulut aku terbukak luas.

Sebab apa, sebab ni.......
Kau tengok la, aku duduk kat sekolah Juvana ni baru setahun dia dah letak profile pic dia dengan mat saleh mana tah. Gila kentang!! Mengamuk sakan aku, aku pon terus blah je dari ofis Tuan Raja.

Aku asyik teringat je gambar tu, sampai menyirap darah aku. Sekali aku nampak Ayam, aku pun pukul dia. Sebab tu korang tengok aku pukul Ayam malam Senin hari tu, sebab aku tengah bengang ngan awek aku tu.

Semalaman aku duk pikir pasal dia, fuhhh penat otak aku pikir apa hubungan diorang dua ketul tu. Awek aku duk pandang mat saleh tu, mat saleh tu pulak buat muka malu malu.... Grrrrr!!! Aku duk pikir pikir pikir dan pikir. "Wawa kenapa buat Botak macam ni???", aku mengeluh sorang sorang.

Nilah keje aku, sampai sekarang. Macam mana rambut aku nak tumbuh kalau duk pikir masalah ni je 24 jam. Sampai ke tua la nampaknya botak kepala aku~~~~ pfft....

Tuesday, June 28, 2011

Malangnya~~~

Tadi masa lepas masak ( cehh masak pon nak cakap ) Miz tengok pintu bilik kazen terbukak. Tetiba je minda jahat menghasut " pegi la skodeng bilik dia kejap tengok ada mende... "

Tanpa rasa bersalah dan belas kasihan, Miz pon masuk bilik dia ( lupa nak cakap, dia umur 7 tahun... ). Masuk masuk ternampak atas katil dia ada kotak parfum. Miz sangat eksaited bila tengok kotak minyak wangi sebab bila ada kotak mesti ada minyak wangi dalam tu ( sila betulkan kalau teori ni salah~~ )

Dengan rakusnya, Miz bukak kotak tu..... memang ada minyak wangi pon. Yesss!!! Parfum lelaki tapi takpelaa nak tengok je kan. Macam biasa bukak minyak wangi kita kena tarik penutup dia baru boleh hidu baunya. So Miz pon dengan senang hati tarik laa, sekali...................                        
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Argh!!!!! 
Minyak wangi tu takde inner cap, habis tersembur ke hidung. Demm!!!! Sampai sekarang melekat baunya. Grrrrrr......

P/S : Lain kali jangan main barang orang, kang dah kena

Saturday, June 25, 2011

Monte Carlo

Kalau nak berjiwa muda, korang patut tengok cerita ni. " Monte Carlo " bukan tempat tapi movie terbaru yang dicopypaste dari novel Headhunters karya Jules Bass. Mungkin baca novel lagi best kot dari tengok movie. Apa yang buat Miz teruja nak tengok sebab ada Leighton Meester dalam movie ni. Eksaited yu!!! 
comel....
Cerita sikit pasal movie ni : Grace ( Selena Gomez ), kakak tiri dia Meg ( Leighton Meester ) dan Emma ( Katie Cassidy ) berangan nak pergi Paris malangnya diorang terperangkap di Monte Carlo sebab paparazzi tersalah anggap yang Grace tu adalah pewaris takhta British, Cordelia Winthrop yang dikenali sebagai seorang yang annoying atau senang cakap spoiled heiress.


Masa kat monte Carlo macam macam yang diorang lalui samaada kenangan manis ( cinta... ) dan pahit ( bila dapat tahu siapa Grace yang sebenar ). Comel giler movie ni bak kata Eira Syazira " sooooo sweet ". Selanjutnya, boleh tengok sendiri kat pawagam pada 1 Julai ni.

Psssst.... Lagi satu buat Miz eksaited nak tengok sebab theme song movie ni~~~


Friday, June 24, 2011

Maaf, Terkurang Ajar

Semalam, ada sorang budak ni ( kawan kat FB walaupun tak kenal, kiranya kawan jelaa ) dia pm kat FB chat " tlg like pic ni boleh, lepas tu like yang ni pulak ". Grrrr, cuba bayangkan masa tu korang tengah syok chatting dengan kawan lama ke pakwe makwe ke, takpun tengah main MafiaWars ke tetiba ada orang ganggu. Marah tak???
                                                                                                    
Masa tu Miz tengah syok layan game, terlupa nak offline dan dan je minah tu pm. Ingat nak bertegur sapa rupanya nak suruh LIKE gambar dia. Hello ingat Hotfm LIKE LIKE LIKE ke, kalo yang tu nak LIKE takpelaa dapat hadiah ni kalo LIKE gamba kau buang karen je.

Dengan selambanya Miz pon bagi link INI kat minah tu. Selang beberapa minit tuh, dia reply "sory kacau". Miz pun nak bukak balik dia punya wall kan nak cakap takpe... skali
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
dah UNFRIEND????
Dia dah unfriend. Tetiba rasa bersalah, adoii macam mana ni??? Kalau la boleh, Miz nak cakap sangat sangat kat dia " Awak saya mintak maaf sebab terkurang ajar.... huhu " 

Menyesal tak sudah~~~  (>_<)

Tuesday, June 21, 2011

Cita - cita

Semua orang ada cita - cita sendiri kan?? Setat dari dia pandai berfikir sampai la tua berjanggut. Sepanjang masa membesar konpem kerat jari cita - cita tu mesti berubah. Kejap nak jadi tut kejap nak jadi tet. Macam macam.... 
saya buntu~~~
Hari ni Miz nak kira balik berapa cita-cita yang Miz penah berangan dulu... ( pinjam mesin masa dari Doraemon )

SEKOLAH RENDAH
Umur 5-6 tahun, teringin nak jadi doktor sebab kaya... boleh pegang jarum dan boleh paksa orang makan ubat
dapat kawen ngan doktor hensem....
Umur 7 tahun +++ nak jadi cikgu, pergh!! sangat best sebab boleh rotan murid murid
Umur 10 tahun +++ teringin nak jadi TUDM sebab masyuk tengok diorang praktis bawak pesawat... ( lagi satu boleh buat pertunjukan )
Umur 12 tahun +++ nak jadi saintis, kebetulan masa tu subjek Sains macam ok jer

SEKOLAH MENENGAH 
Time ni tengah mengalami fasa memberontak, dah lupa nak jadi apa.. best dapat ponteng class, PREP... blablabla...
Umur 15 tahun dah sedar sikit, sebab nak PMR. So kena skor betul betul sebab nak masuk Emaresem BITARA
ni sekolah yang sangat best...
Umur 16-17 tahun, berangan nak jadi engineer sebab terpengaruh dengan Uncle yang ambek Chem Engin.

MATRIK
Nak jadi pakar diet.... bersemangat sampai masa isi borang UPU letak kos Dietetik paling atas

Sekarang~~~
InsyaAllah, kalau boleh harap harap yang ni berkekalan dan tercapai, Miz nak jadi ahli botani pulak.... Amiiin

Psssst.... apa pulak yer cita-cita korang?? Hmmm... teringin nak tahu

Sunday, June 19, 2011

My First Doodle

Hooray!!! Selepas beberapa lama kempunan nak buat doodle akhirnya dapat jugak. Walaupun tak comel tapi rasa sangat hepi sebab dapat hasilkan 'my first doodle'. Doodle tu dibuat masa tengah ribut semalam. Miz takut nak tido lepas tu godek godek la lappy then tetiba keluar idea nak buat doodle. Layan punya layan siaplaaa...


 
Itu je untuk malam ni... hehehe

P/s... syukur sangat sangat malam ni dah tak hujan ribut macam semalam, btw tak tahu nak panggil doodle tu Wawa ke Miz Novexx...(=_=)

Friday, June 17, 2011

E. coli memang jahat pon

Baru baru ni sibuk je kat tv pasal wabak E. coli , huh menyibuk je semua tuh. Korang nak tau sebab apa?? Sebab bakteria tu nak 'mencapap' ( mencari publisiti... ). Jahat kan! Habis tanaman orang dia serang, tapi takpela bukan Muslim pon.
cun tak??? 
Sebenarnya mikrob ( malas nak type nama.. ) ni memang dah ada dalam perut kita. Kalau tak percaya pegi check!! ( sapa check konfem doctor marah... ) Kalau yang menyebabkan kematian tu sebab terlebih i kolai dalam perut, sebab i kolai memang wujud dalam perut manusia dalam kuantiti tertentu.

Lari dari tajuk kejap. Sebenarnya nak story pasal kejahatan E. coli kat korang. Ni masa sem 1 dulu laa, Miz kena buat eksperimen biakkan bakteria. Kebetulan guna i kolai, so buat jelaa. Lecturer dah pesan i kolai ni kena handle hati hati. Bila dah abes eksperimen, macam biasa "cuci tangan ngan Dettol taw!" pesan Lab Assistant. Miz la yang paling semangat basuh, orang lain basuh macam koboi. Lantak laaa~~~
kena buat macam ni....
Tapi malam tu tetiba pulak perot memulas, ( bukan cirit.. ) Sakit tu pindah ke hari esoknya so Miz pon tak pegi kuliah padahal malam tu memang dah niat nak ponteng tapi kebetulan sakit, On jelaa niat tu... Lepas tu my BFF tanya so Miz cakap jelaa sakit perut. Then dia cakap "ntah2 kena i kolai", Grrrrrr!!!! Betol jugak, Miz tak makan mende yang allergic pon malam tu. Berasap rasanya, orang lain cuci tangan macam keretapi tak kena Miz jugak yang kena. 

Konlusinya E.coli memang jahat, jaga jaga dengan perut korang!!! 

Wednesday, June 15, 2011

Sebab tu Perempuan Suka Baca Novel

Wah, rupanya drama Nora Elena dah nak abess ( legaaa....  tak tengok sebab tak minat ). Okey, bukan tak minat tapi sebab Miz dah tau jalan cerita dari novel. Kan cerita ni di ambek dari novel tapi dah lupa apa tajuk novel tu.
ada rupa Sam Bunkface x, ngehehe
Minggu lepas ramai bloggers yang eksaited cerita pasal drama ni. Dan entri yang paling feeling skali adalah dari "adik" Ujang9897. Kebanyakan cerita kalau based on novel konpem potong jari akan best contoh Harry Potter, Legenda budak setan ngan Ombak Rindu ( belum ada kat panggung ). Nak tau sebab apa, sebab dalam novel jalan ceritanya sangat menarik, takde part yang karut mengarut berlarut macam cerita endon plus hero yang sangat romantik!!
( Macam Seth Tan ).

Sebab tulah orang perempuan suka sangat baca novel. Kalau korang rasa tak puas tengok cerita Nora aka Elena tu, baik korang baca novel...

Psssst, banyak banyak novel, novel NI paling best

Tuesday, June 14, 2011

Selamat Tinggal

Hari ni secara rasminya Miz boleh ucapkan selamat tinggal kat 
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Sebabnya Miz dah berjaya buang semua barang barang yang ada kaitan dengan SPM macam exam paper, buku nota, buku latihan, soalan trial kira dah abess lupus laa tu kecuali buku teks ngan reference. Kalau ikutkan hati memang nak buang tapi macam tak baik jer lagipun tu kan ilmu. So simpan jelaa buat koleksi kat umah, sebab adik dapat buku pinjaman plus silibus yang tak sama. Miz punye zon selatan dia pulak zon barat.

Barang barang ni semua dah dekat 2 tahun simpan, masa tu sayang nak buang. Masa tengah syok membuang barang, Miz terjumpa sampul surat. Cuba teka apa kat dalam. Kad raya from ..... hehehehe. Wah, tu kisah lama tapi takpelaa orang tu ikhlas bagi so Miz ambik dan simpan kat tempat yang sesuai. Dop buleh tunjuk yer.... (^_^) 

P/s.... barang time SPM dah abess, barang barang zaman matrik bila pulak yer???

Sunday, June 12, 2011

Diet Yang Sihat

Salam semua.... ni entri yang serius sket. Kalau cakap pasal diet mesti semua orang ingat nak kurus. Nilaa masalahnya, orang kita salah tafsiran mengenai diet. Diet sebenarnya... err err, apa yer?
~Piramid makanan yang terbaru~  
Diet sebenarnya adalah amalan pemakanan yang sihat dan teratur ( Ref : buku Bio ). So lain kali kalau nak diet maknanya korang bukan nak kurus tapi cuba makan ikut cara yang betul. Contohnya makan ikut 'Food Pyramid'. Tak kisah la piramid makanan tuh, tapi yang penting kita kena jaga pemakanan seharian kita. 


Takut kot dengar pasal wabak E.coli . Korang tak takut ke? So,meh Miz nak share sket cara diet yang sihat dan tak membebankan.

Kurangkan pengambilan makanan bergoreng ( ikan ayam goreng ) sebaliknya tukar kepada teknik memanggang atau bakar ( ikan bakar ayam panggang )
boleh try sekarang...  
Jangan biasakan diri dengan makanan manis dan minuman bersoda

Amalkan senaman, paling kurang pon senaman simple kat umah contohnya sapu sampah, mop lantai ( sambil dengar lagu Hannah Montana best jugak )

Makan banyak banyak sayuran dan buah - buahan sebab ini makanan yang ideal untuk kurangkan berat badan!
jom makan salad!!!
Makan banyak kali tapi dalam kuantiti yang sedikit

Minum air kosong ikut kuantiti yang ditetapkan ( 8 gelas sehari ) kalo lebih nanti badan menggeleber

Tambahkan pengambilan kekacang dalam pemakanan seharian
yang allergic jangan la makan...
Buat diari atau jurnal untuk catat makanan yang dimakan setiap hari

Minum paling kurang 2 gelas susu rendah lemak setiap hari
lemak berkrim
Makanan tambahan seperti vitamin perlu tetapi mesti dapatkan pengesahan doktor ataupun tengok testimoni produk tu dulu ;)

Okeh, senang jer kan. Tak payah pegi pusat kecantikan ke slimming tu, slimming ni ( ^_^ )

Ditulis oleh.....

Thursday, June 9, 2011

FASHION ORANG KITA

Best betol kan cuti lama, boleh jalan jalan dengan senang hati ( tak payah mikir pasal exam and study ). Dan yang paling penting boleh tengok gelagat manusia.... heheheh. ( Actually, Miz tengok gelagat orang untuk buat pedoman yer... ) <----- cover line

Okeh, apa yang Miz dapat tengok and buat conclusion is orang kita berfesyen tak kena tempat lor... bukan semua tapi ada la. Buat apa nak berpesen pesen kalo dikutuk orang. Ini betol betol taw, ada skali tuh Miz jalan jalan ngan membe then kitorang dengar si A kririk cara si B berpesen. Hah sudah!!

Sebagai orang melayu, Miz rasa kita kenalaa berpesen ikut keadaan kita. Bawah ni contoh pesen yang tak patut kita apply tapi nak buat kadang kadang takpe kot... pikir sendiri la

1) Mafela
memang la pakai mafela nampak smart, tapi.... tak panas ke? 
2) Legging
    Nampak hot je kalo dipakai, tapi masalahnya bahaya untuk 
  wanita. Meleleh air liur lelaki tengok.
model ni pakai tak nampak seksi sebab dia takde selulit
3) Boot
    Kalo pakai boot pon nampak kool and trendy tapi kat negara
  kita.... Tak sesuai laa. Bukan apa, sebab boot ni sesuai untuk orang
  yang kaki panjang. Model pakai cun la, kan kan?
see!!! kaki dia panjang and kurus, cun la pakai
4) Skirt ketat
    Pelik nengok orang pakai skirt ketat. Tak segan ke tayang selulit, 
  pheww~~~
Moralnya, pakai apa pon asal sesuai tetap nampak trendy dan cun... hehehe