Saturday, December 22, 2012

Penyakit Dilemma

Assalamualaikum, selamat petang fellow bloggers! Dah lama kut aku tak update blog sampai rasa nak tutup blog tapi bila fikir nanti bosan-bosan aku perlu jugak blog ni. Oh, aku tengah mengalami dilemma sekarang. Tahap tak tahu nak cakap, kritikal kot. 

Dilemma merupakan sejenis penyakit yang dikenali sebagai "tak-tahu-nak-buat-yang-mana-satu". Penyakit ini sering menyerang golongan pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan atau dalam bahasa modennya disebut 'exam'

Secara umumnya, tak banyak perbezaan dilemma dikalangan pelajar. Majoriti mengalami dilemma yang hampir serupa seperti di bawah :

1)  Nak tido ke...



2)  Nak online kat Facebook ke...


3)  Nak baca novel ke...


4) Nak tengok wayang ke...



5) Nak pergi shopping ke...


ataupun

6) Nak study???



Tapi.....


v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



Hmmm.... malangnya pakar-pakar masih belum menemui sebarang penawar bagi penyakit dilemma aku ni. 


Arghh!!! apa aku merapu ni ???
                                                                                                               

P/S : sesiapa yang bakal menghadapi Final Exam, Good Luck semua...

Wednesday, May 30, 2012

Unknown title

Assalamualaikum semua,
Sebenarnya aku superboring malam ni so aku tetiba nak berblog. 
Tupun terasa nak update something selepas terbaca komen saudara ni :
Oleh sebab SM teringin sangat nak tengok bakteria, so aku snap lah beberapa gambar bakteria E.coli ( ok, yang ada cuma E.coli je sebab buat research pakai mende tu )
Dan gambar gambar yang ada ni cuma gambar colony ( keluarga ) saja, kalau nak gambar sebutir E.coli boleh tengok kat Google.
Dah ready nak tengok? Sila scroll ke bawah XD
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
TADAAAA!!!
v
v
v
v
v
v
v
v
Ni E.coli yang original, kaler biru sebab dalam plate tu ada bahan kimia, X-gal

Ni E.coli yang dah diklon, sebab tu warna putih 

##Pesanan penaja : Sila klik pada gambar untuk tumbesaran

Kalau buat eksperimen biasa ( pakai medium yang takde X-gal ), warna sebenar E.coli adalah putih. 
Tapi, untuk kajian yang aku buat ni nak test cloning berjaya ke tidak sebab tu guna X-gal. 
Kalau tengok bawah mikroskop barulah kita dapat tengok bentuk E.coli yang betul macam ni :

cc : Yahoo image :)

E.coli banyak diguna dalam research sebab senang nak dibiakkan. 
Lagipun, dalam perut kita tu berjuta juta E.coli ada
Tapi, kalau "bekerja" ( aku takde idea nak guna perkataan apa.. ) dengan E.coli, pastikan tangan basuh betul betul.
Pernah dulu masa tahun 1, first time kut main bakteria. So aku basuh tangan pakai sabun biasa je, bukan sabun antibakteria.
Esoknya, perut aku meragam sakan. Bukan cirit birit tapi sakitnya macam cirit birit.
So sentiasalah basuh tangan anda selalu tak kiralah korang tak main E.coli pun sebab bakteria tu ada di mana mana.
Sekian dulu, selamat pagi semua and jumpa lagi! :')

Monday, March 26, 2012

Benda yang Lagi Best dari Blog

Selamat pagi geng! Dah lama kan blog kiut ni takde pape, rasanya ni first entri untuk tahun baru. Sebab dah lama tak berblog, perasaan teruja tu macam dah hilang je =='

Tahukah korang kenapa aku tak aktif berblog dah? Sebab..... banyak lagi benda best selain dari blog. Ok, bukan tak best tapi perasaan teruja nak berblog tu kurenggg sikit. Benda best tu termasuklah,

Ni assignment pertama yang aku dapat, kena tanam pokok. Heh... masa mula mula kena buat, rasa macam nak pitam! Ada ke, dalam banyak banyak esainmen kat dunia ni tanam pokok jugak yang lecturer den bagi... Tapi syukurlah. Dah 3 minggu lebih, pokok ni masih hidup. :D

Ni kesayangans!!! Momo dan Gucci, biarlah nama pelik pun asal diorang comel 

Ni pun projek amali, kena tanam pokok kacang panjang dan timun. Sangat ohsemm, rasa macam petani

Paling serammm... Skodeng plasmid bakteria! Ok mendalah ni memang seronok dan menerujakan, tapi yang seramnya ialah kena guna EtBr ( sejenis bahan yang menyebabkan kanser ). Tapi, kalau berjaya skodeng, memang rasa nak senyum je sepanjang hari

Paling best! Biak pokok cili dengan menggunakan daun dia je. Harap harap menjadi, ohh kalau nak tahu cara ni yang pekebun luar negara pakai untuk banyakkan hasil tanaman. Pokok padi pun buat jugak, pakai beras je. 


Best kan? Haha, sebab tu aku tersangat tak mampu nak bukak blog selalu and blogwalking plus komen-komen macam dulu. Jangan kecik hati tau! Tu je untuk kali ni, nanti bila pokok-pokok tu besar baru update blog lagi.

#Iklan : Sape yang mintak address twitter, aku dah reply kat emel. Sori lambat reply sebab tak ingat password twitter, so kena buat twitter baru. :')

JuMpA LaGi!!! <3