Wednesday, April 27, 2011

Saja Nak Buat Korang Jeles.... (^_^)

Okeh, exam dah habis so sekarang masanya untuk P.A.C.K.I.N.G = packing = kemas barang = balik umah!!! Kepada rakan bloggers yang tengah exam tu Miz nak tanya " Korang jeles tak?" ngeheheheh   ( Saya tak kejam )

Miz sangat excited nak packing, tapi ada something happen masa mood tengah syok nak 'berpacking' tu. Ni la ceritanya..........
Mood nak packing teros jatuh merudum bila Miz bukak loker and tengok tshirt, kemeja ngan seluar semua penuh satu almari. Miz keluarkan satu satu, pastu dah tak tahu nak buat apa. Pening pikir cemana nak masukkan semua tu dalam beg.
Try punya try, masuk punya masuk, muat jugak. Tapi bila miz bukak loker skali lagi.......... Hampehh!!!Ada lagi baju.Rasa nak terjun je! Opssss, nak terjun katil je.... Ni la yang susahnya bila kaki shopping, masa shopping tak ingat dunia. Sekarang, mula rasa menyesal tak tau nak sumbat kat celah mana baju baju yang berlebihan.  
Tapi Miz tabahkan hati, dan lipat gandakan usaha.... ececeh, Miz teros duduk atas beg tu sambil zip. Fuhhh... kuss semangat den. Penat giler, macam marathon 1000m!
Akhirnya, dapat jugak Miz selesaikan misi berpacking ni. Dari petang packing, malam baru selesai. Tu tak campur lagi ngan iron, heater, baldi bla..bla..bla.. Papepon, bahagia gila dah siap packing, heheh. Emmm,korang pulak bila lagi? wink wink (-_^)

Last skali, Miz nak mintak maaf banyak banyak kat korang kalo ada terasa hati selama ni. Lepas ni Miz jarang hapdet blog sebab nak spend masa together gether ngan family ( takde la tak hapdet langsung... ). Pape pon Miz tinggalkan korang ngan video ni, kalo dengar ingatlah Miz slalu yer.... sob sob


sape tak tengok Miz korek mata korang, hahahah ( tipu jer.. )

Tuesday, April 26, 2011

Cikgu Wen Tag Miz Novexx

Baru jer abes exam semalam, tetiba dapat esainmen pulak. Ni sume Cikgu Wen yang bagi. Disebabkan Miz ni student yang rajin ( uhuk uhuk... ) so Miz pon buatla esainmen ni secepat mungkin. Budak rajin laa katakan <----- sila muntah di tempat lain... Nilaa esainmen yang Miz kena buat,

Adakah anda rasa HOT?

Mestilaa sebab suka makan makanan pedas, lagi lagi sambal belacan... pergh!!! HOT giler

Upload wallpaper lappy/pc

semat tak?? wink wink

Cerita pasal gambar kat wall tu

Gambar ni pasal seorang awek gadis yang tengah meronda ronda dalam hutan sambil berlagak seperti Cinderella, agaknya nak cari ketenangan. Mesti stress tu....

Bila kali terakhir anda makan ayam

Semalam, sebab tetiba je ayam tu nampak menggiurkan

Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?

Packing barang, esok kan nak balik.... Yeeepiii!!!

Selain nama sendiri, anda dipanggil apa?

Miz Novexx, Wawa, Kakak, Kak long

Tag 8 orang rakan blogger

tambah sorang lagi..... Sweetstalker

Siapakah no 1 yang anda tag?

Aisya sebab beliau ni suka menulis entri..... ngeheheheh

Katakan sesuatu tentang no 5 yang anda tag

Ohh, apik pehe... Apik student UMP, dah 5 tahun kat sana tapi masih lagi tak kenal bilik lecturer. Kenal dalam blog, blogger yang kelakar dan boleh tahan jiwang jugak ( dengan ehem ehem dia jer... )

Orang ke 3 yang ditag sedang berhubungan dengan siapa?

Tak tahu..... waaaaa!!!! (T_T)

Bagaimana dengan no 4?

Blog Mr Iz sangat best, macam macam info ada. Pasal cara lipat kain pon ada, usha la blog ni sebab banyak info!

Pesanan buat no 6

Blog blog juga, jangan lupa exam yer!! Gud luck

Kata kata cinta buat no 2

Fuhhh, nasib baik pempuan. Emmm, I lab U.... U labi air, ehhh ehhh silap U lab I

Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang ditag di no 1

Ohh, first Aisya seorang yang peramah. Second, dah berpunya. Third, Aisya student UKM ( ngeee sama ) tapi dia senior Miz. Fourth, Aisya amek course Genetic and lastly nama ehem ehem dia is Barney. Errr... err... rasanya laaa (-,-)

Persamaan lembu dan kambing

Apedaaa soalan! Emmm, dua dua boleh makan dan sedap dimasak rendang. Selalu jumpa time kenduri kendara. Haah! Lagi satu, dua dua ni haiwan.... wink wink

Perasaan ketika jawab tag ni

Of cos rasa nak sekeh je kepala si Wen ni sebab tag Miz. Bhahahah....

Adakah anda tahu Rizman tu sengal?

Entah, no comment

Gay or Less

Grrrrrrr.... sapa berani tanya soklan camni. Mestila normal yer :P

Panjang punye soklan. Anyway, sapa yang ditag sorii yer.... ngehehehe

Monday, April 25, 2011

OOO Yeay OOO Yeay!!!! MySpace

My buddies semua.... Miz ada pengumuman ni.
Hari ni, dengan rasminya ....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Exam dah Habis!!!! OOO yeay OOO yeay.....

Saturday, April 23, 2011

JAGA JAGA!!! SINDROM INI BERJANGKIT (-,~)v

Harap Maaf!!!
Tuan blog sedang menghadapi sejenis sindrom iaitu sindrom malas hapdet blog. Diharap anda berjaga jaga kerana sindrom ini mungkin berjangkit sekiranya anda seorang yang malas.....

Miz tengah memaksa merajinkan diri untuk habiskan buku TITAS sebab last paper subjek TITAS. So tak sempat nak hapdet blog. Kentut betol, sengaja je buat subjek ni as last paper. Orang tengah mood nak balik kena tangguh jap mood tu sebab kena baca buku. Dahlaa tak packing lagi..... Grrrrrrr!!!!

Plus, Miz kena habiskan baca buku tu A.S.A.P sebab Ahad ni ada plan. Ngeheheh, sapa nak ikut??? Sila angkat kaki!

Kitorang nak pegi kat SINI
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Miz nak usha buku buku kat sana.Kot kot boleh dapat half price, muahahahahaha!!! Lagipon Miz memang addicted ngan buku buku Sophie Kinsella, penah dengar kan?? Yang citer pasal Confession of a Shopaholic. Sangat best dan sedap!

Sapa yang berminat boleh la pegi yer. KLIBF '11 ni stat dari 22 April sampai la 1 Mei. So kalo ada sape sape yang  nak pegi.... Kita jumpa di sana yep!! 
MySpace

Wednesday, April 20, 2011

Saya Suka BoboiBoy

Ikut suka laa korang nak cakap apa pon, yang penting Miz suka citer ni. Alaa, citer BoboiBoy kat TV3 tu. Yang ada budak comel nama Yaya. Masa mula mula keluar treler citer ni kat En Youtube 
( maklum laa kita tak tengok tibi.... ) Miz dah excited giler. Pantang betol kalau ada watak katun yang comey, macam Upin Ipin tu.
Tapi masa citer ni mula tayang kat tv, Miz pon tak tengok jugak sebab time tu bizi busy. Yelaaa kan, hidup sebagai student ni memang sentiasa busy. Kalah Menteri.... Tak sempat nak usha tv nyer, lagipun citer tu time petang. Masa ni laa Miz busy giler giler. Korang mesti pikir bajetnye, macam dia sorang busy. Tapi taw tak busy ape???? Busy tido laa kawang kawang, hahahahah..... :P
First time tengok citer ni Miz dah kenal semua watak utama, hebat tak??? Heheh, lagi lagi si Yaya tu. Dahlaa tak pandai buat biskut tapi comey tu. Pandai tumbuk orang, garang, and kelakar.... best giler watak dia.
hai, nama saya Yaya
Tapi hari ni dapat jugak tengok citer tu dari episod first sampai latest sebab Wifi UKM macam jet pulak. Bahagia giler, sampai tak tido sebab syok sangat layan citer ni. Patut laa kazen sepupu Miz malas nak cakap ngan Miz biler kol ( kazen umo 7 tahun.... ) rupenye lagi best layan citer ni daripada sok sek ngan Miz.

Moralnya, rajin rajin la usha citer katun supaya korang ni tak membosankan bagi kanak kanak, ;)

Monday, April 18, 2011

Korang Tahu Apa tu ROTI IMPIT???

mood nak makan
Serius, sapa yang try skali mesti nak lagi. Sekali pekena teros jatuh hati. Rasanya yang lazat, teksturnya yang lembut, ditambah dengan isinya yang gebu. Lebih teruja lagi kerana harganya sangat berpatutan. Kesedapannya berterusan sehingga terbawa bawa ke dalam mimpi. Okeyh STOP!!! "Ko cakap pasai ape ni???"

Adess, Miz cakap pasal mende ni hah......

 



Okeyh, nama roti ni is Roti Impit Ayamazz ( tu nama ori yang ditulis kat kedai ). Yang Miz tau ada kat tempat Miz blajo je kot, kalo korang penah nampak kat luar beli laa konpem sedap!!

Cara - cara nak buat roti nih senang jer. First korang beli roti Gardenia ( yang untuk hot dog punye ), beli sosej Ayamas ( ada inti cheese/ blackpaper dalamnya ), mayonis, sos cili n serbuk lada itam.

Then, rebus sosej dan letak alat grill atas periuk rebusan sosej tadi. Letak roti atas grill tu ( ala ala panggang roti atas rebusan sosej... ).

Bila sosej dah masak, selitkan celah roti hot dog tadi. Lepas tu letak sos, mayonis dan lastly tabur serbuk lada itam.. Taraaaa, siap pon Roti Impit !!

psssst..... tetiba rasa nak jadik Chef, korang rasa boleh lawan tak Anna Olson dalam AFC tu??? err... err... >,<

Saturday, April 16, 2011

Apa itu B.I.O.L???

My dear kawang kawang, malam ni dapat jugak Miz kerah jari jemari yang runcing ni ( uhuk uhuk.... nak muntah sila ke blog len, anda dilarang muntah kat sini... ) untuk tulis entri ni. Nak citer ni, arituh Miz kena tak tahu laa penyakit ke hape, tapi for sure menyebabkan sakit. Okeyh kita anggap penyakit jelaa, senang nak citer. ;)
Macam ni, hari Rabu lepas last exam for dat week sekaligus bermakna Miz dah abess exam subjek major. Yeeepiiiii !!! ya~~beda~~bedu..... Miz and membe nih cepat cepat kejar bas tak sabar nak balik ( nak online sebenarnya ) tanpa tengok nombor bas tu bape. Sedar sedar naek bas, rupanya bas tuh pusing satu UKM baru sampai kolej kitorang! Aduiii, pening pale!!!
Akhirnya sampai bilik dalam keadaan pening and kepenatan. Malam tuh, cepat cepat bukak lappy yang kiut dan hot tuh  (sebab dia kaler merah so dia hot okeyh!! ) <---- skali lagik jangan muntah kat sini! :P Baru beberapa minit bukak,tetiba je sakit kepala petang tadi datang balik. Akhirnya Miz terbaring dan semalaman tertido sedar sedar je sakit tu tak hilang lagik. Then tido balik. Bangun bangun, sakit lagik. Then tido balik...
Esoknya, still pening ni tak hilang jugak. Lepas tuh Miz teringat balik apa yang membe Miz cakap time kitorang study sesama pagi Rabu tu,
Ujah : weyh, aku rasa nak tido je... malas nak baca dah Genetik nih
Ikin : kan kan....
Miz : aku tak larat jugak
Ujah : betul la orang cakap, kena biol dulu kepala baru terer subjek Bio nih
Ikin : a'ah weyh, tengok orang pandai2 sume pelik je
Miz : aku takleh bayang cemana budak Medik blaja ~~~~
Heheh, bila ingat balik betul ke kepala Miz dah biol. Perghh kalo dah biol maknanya dah terer la Bio camneh. Hahaha, takdelaa blomm terer lagi... Ni sume sebab pihak pihak yang sangat baik hati sebab susun jadual exam dengan sematnya. Subjek major yang kena baca sume dia buat tiga hari berturut turut. Tak ke semat namanya tuh! SPM dolu dolu ponn tak macam nih.
 
cakap pasal SPM, teringat zaman muda muda ( ni kem before SPM )
So nak cakap, BIOL tuh sebenarnya ..... err err pening je sebab otak terlalu penat. Macam ni....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Tuesday, April 12, 2011

3M

OK.... diumumkan malam ni adalah Malam MizNovexx Marah ( 3M ). Grrrrr, menyirap betol . Kalo umah dekat dah lama Miz balik! Geram betol, sume orang ada tahap kesabaran jugak. Kalo selalu jadik, sape tak marah, eiiiii..... Nak tahu sebab ape???? Ni haaa
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Tangki air yang wujud tapi takde air sampai Miz kena tunggu berejam jam nak mandi....

Budak blok yang mandi macam puteri bersiram... Eiiiiii, pantang betol! Nak mandi lama lama time orang takde takpe la, ni orang tengah beratur panjang time tu jugak nak bersyampu, basuh baju bla bla bla.....

Beli maggi goreng tapi takde ayam pon dalam tuh, penuh ngan tulang jer!!!!

Line intenet yang sengal, then Miz takleh tanya soklan kat En Wikipedia....

Selesai....... Sekian terima kasih, (-_-)

Friday, April 8, 2011

Ni Keje Saya Time Study Week....


Salam semua..... waaaaa, rindunya sama my blog and kawang kawang. Alaaa, baru bape hari tak hapdet blog, tapi rasa nak demam sebab rindu sangat. Emmm, macam beselah kalo korang kenal Miz mesti korang taw '' Miz ni asyik citer pasal hal dia jer.. dop citer doh pasal orang laing ''. Heh heh.... maaf kalo korang tak suka tapi Miz suka, opsssss.... 

Kali ni nak citer pasal my study week pulak, apa yang Miz buat time study week...
laptop mesti ada di sisi
Okeyh, dah namanya study week kenalah study. Bukan tido or 0nline jer memanjang.... So, masa nih la nak pulun study sebab takot wooo nak exam kali ni. Subjeknye agak killer especially untuk minggu depan ( Genetik, Kimia Am dan Asas Bio Molekul ) tapi laptop mesti ada selalu di sisi ~~~lalalalala
abess meja bersepah dengan buku, nota, kertas.... sume ada ;)
Memang buku Miz kumpul atas meja study jer, malas nak letak atas rak sebab susah nak ambik. Nanti membazir masa pulak ( malas sebenarnya, bukan jauh pon rak buku.... atas kepala jer )
hah, ye ye.... okey, ye dengar...
Dah boring study, Miz kacau mak or ayah kat umah. Kol dorang and ngadu cakap neves nak exam. Then, mak Miz pon pesan " belajo bersungguh sungguh, jangan pikir susah jer. Kalo hari2 cakap susah, susahlah mende tuh... cuba cakap senang, senanglaa jadiknya". Korang paham??? Kalo tak paham takpe, tu pesanan untuk I jer taw..... heheh. Ayah Miz pulak pesan macam neh " study elok2, masa tuh emas. Jangan sia siakan masa yang ada untuk study ".
Ni yang paling best skali..... :D
Taraa.... ni la keje Miz bila dah abess kacau mak n ayah ataupon kalo dah abess study. Tengok movie!!! n Online laaa... hahah, sape yang tak suka online tuh tak normal la agakya... opssss~~~lalalala. Tengok movie sambil makang Corntos, perghh..... sangat masyuk!!!
Ni memang tak boleh nak tolong laa~~~
Apa kejadahnya menyanyi sengsorang? Tapi, nilah hobi Miz kalo nak hilangkan stress time study. Nyanyi lagu feveret sambil joget ( >,< ) kehkehkeh, sangat seronok sambil pegang botol syampu Herbal Essence kononnya mic laaa.


Lepas dah penat,tidolaaa..... (-,-)


Tuesday, April 5, 2011

Maaf Sesangaaaat.....

Maaf semua!!!! I'm really really sorii. Mesti korang terasa kan sebab korang dah foloe Miz, tapi Miz tak jugak foloe korang balik. Ataupun, korang datang blogwalking kat blog neh, tapi Miz tak pon balas jejak korang. Komen pon tak dibalas. Maaf sekali lagik.

FYI, seriously Miz tak sempat nak berblogging, sebab sangat busy for my final exam. Huhh... bayangkan tiga subjek major berturut turut, dahlaa examnya minggu depan. Boleh jadik hipertension pikirkan hal exam neh, tapi Miz taklaa (mintak mintak dijauhkan.. ) Cuma orang yang stress je boleh dapat darah tinggi neh, nasib baek Miz ok jer..heheh
Saya tak selekeh macam katun neh, heheh

Di kesempatan ni, Miz nak ucapkan terima kaseh kat korang sume yang sentiasa memberi support, komen, memfoloe dan berblogwalking ke sini. Miz sangat sangaaaat menghargai jasa baik korang sume. Dun worry ek, nanti bile exam dah abess Miz akan pegi ke blog korang nak 'ehem ehem' kat shoutbox korang and kalo sempat mengkomen skali. So, harap korang tak jemu singgah ke blog ni walaupon dah seminggu tak hapdet entri... Kalo blog ni berdebu, tolong tolonglaa sapu sket and kalo rajin boleh mopkan skali... ( errr errr )

ehem ehem, Miz datang menjerit di sini ;)

Sekali lagi, maaf sesangat. Oppssss.... lupa nak bagitaw, exam ni last for me as First Year student. Lepas neh, jadik budak second year la pulak. Boleh la jadik senior, tak kena paksa join aktiviti kolej yang macam 'tuut' dan tak payah dengar cakap orang lagik. Boleh wat hal sendiri jer.

Lastly, wish me luck for my final exam ek, and pray for my success. ( Takot nak masuk Tahun 2... ) BTW, pada sape sape yang bakal exam or tengah exam tu Miz wish gud luck jugak, do ur best!!! Papai sume......
Tenks sudi baca <3<3<3


Spesel from :

Saturday, April 2, 2011

Thank You God for My Mother

Tengah tengah syok study, saya kebosanan. Plus tetiba jer mulut ni rasa nak mengunyah sumthing, so saya selongkar la stok makanan. Then saya terjumpa sekotak muffin, lepas tuh terus meleleh air mata.Crying Lovedrops


Nak tahu kenapa?? Sebab muffin tu mengingatkan saya pada mak kat umah!! Sebab mak yang bawak muffin tuh masa kitorang jumpa kat Pahang dulu ( pegi umah uncle ). Maybe bagi korang takde value setakat muffin sekotak, tapi bagi saya sekotak muffin ( and laen2 makanan ) sangaaat bermakna sebab mak yang bawak.


Actually saya mengadu kat mak boring study, nak jugak makanan tapi malas nak gi beli. Mak cakap 'its okay dear, nanti mak bawak' Bayangkan bukan sket mak bawak, tapi satu beg makanan mak bawak spesel untuk saya ( termasuk laa kopok dari Ganu...nyum nyum ). Terharu giler, tapi time tuh dapat jumpa mak lagi excited. Thanx lot mak!!! <3

Sekarang, bila dah jauh ngan mak tetiba rindu ( padahal baru je mak kol tadi ). Lagi lagik bila tengok kotak muffin tuh, haaaaa.... mak nak balik, rindu giler!! Mak, i love u sooo much.... Ur the best gift dat God had ever gave to me, and I'm happy to have a mother like u...  i love my mom

This one is for u Mak!!
' I give u this song, the best for u...
 Singing what I feel, my song is true,
 I dont have the world, to give it to u Mom
 But all dat I can do, is being a good girl to u..... '

Korang sume yang duk ngan mak tuh, hargailah precious moment ngan mereka sebab korang sangat bernasib baek. Tak macam saya, setiap kali exam mesti tak dapat cium tangan mak mintak restu sebab jauh... ( Dahlaa nak exam neh, homesick pulak!!! Adess )