Saturday, December 31, 2011

Curi Masa

Yeah, lagi beberapa jam je nak masuk tahun 2012. Untunglah korang semua dapat sambut tahun baru dengan gumbira dan senang hati. Dari petang tadi sampai la sekarang ramai betul yang post pasal tahun baru, tu tak campur lagi yang kat fesbuk dengan twitter.


Meriah jugak ye sambutan tahun 2012 ni. Tetiba rasa jeles dan cemburu buta. Korang semua sambut tahun baru main mercun plus bunga api kan? ( Grrrr... dari tadi dengar bunyi mercun segala bagai  ). Siap ada skrin besar yang tayang countdown untuk tahun 2012 lagi kan?? Zaman sekolah dulu adalah menda ni semua. Sekarang dah masuk U mana ada orang sambut dah, sambut sendiri sendiri je. Sadisnya.... T___T

Ohh, tambah sadis kalau sambut tahun baru dengan....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Skrol bawah, jangan malu malu
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
 
Itu baru nota, tak campur lagi dengan buku yang tebal mengalahkan novel. Alahai, kalau novel kan best... XD

Apa pun, selamat tahun baru ye semua. Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun yang lepas.

Monday, December 12, 2011

SPM dah habis, tapi Final exam belom habis!!!!

Maaf geng sebab dah lama tak melawat blog korang. Bukan sengaja tapi exam dan report yang berbagai tu menyekat kebebasan nak berblog. Sadis jugak ambik kos Bio ni, huhu (-____-)

Baru ni dapat dating dengan adik tersayang, yelah dia kan baru habes SPM. 
Punya la mengada, habes exam sibuk nak cari kerja. 
Lepas dah kerja, berlagak pulak menunjuk yang dia dapat gaji lagi banyak. 
Tapi bila time suruh belanja, terus cakap takde duit.

Lagi, siap mengajak minggu depan keluar pulak pergi tengok wayang, lepas tu ajak pergi holiday bagai. 
Wahh, mentang mentang dah habes exam banyak songeh betul. 
Tahulah exam budak U tak setat lagi. 

Budak U baru je habes midsem exam, tetiba nak exam final pulak. 
Mau tercabut otak sekejap. 
Ohh, gilanya zaman U ni~~~

p/s :  semoga kita semua tabah menghadapi hari mendatang

Iklan : Sape pergi karnival MPH hari tu? best.... rugi kalau tak pergi


Friday, November 4, 2011

Kononnya Cerpen : Spoil Day

# Salam semua, maaf sangat-sangat sebab blog ni dah lama single sebab kena tinggal dengan tuan dia. Padahal bukan busy pun, tapi sebab takut nak berblogging. Kang dah addicted, habes buku tunggang langgang entah kemana.


Tak tahu nak cerita pasal apa, so cerita pasal aktivitI harian boleh? Semuanya berlaku dalam satu hari, so kita panggil hari tu Spoil Day. ( OK, tak baik merungut... )

Cerpen baru setat.... :D

Spoil Day tu baru je berlaku dalam minggu ni. Sewaktu diriku sedang kelam kabut menyiapkan repot a.k.a laporan ( maklumlah suka buat keje last minit, hobi... ). Oleh itu, aku bangun seawal pagi untuk menyiapkan repot tersebut. Sengaja kubangun awal kerana seorang lecturer baru yang akan mengajar pada hari tersebut. Ikutkan hati, ingin sahaja aku memonteng kelas tetapi memandangkan lecturer tersebut garang tahap cipan terpaksalah aku datang. Kerana terlalu takutkan lecturer tersebut, aku terpaksa menahan kerenah perut yang meronta minta diisi dan juga hasrat hati untuk mencetak repot tadi. Aku takut kerana sekiranya lambat ke kelas ini, lecturer tersebut akan menghalauku keluar dari kelas ( dahsyat giler lecturer ni, suka halau orang... )

Pabila panas di kerusi mula membahang, aku mendapati kelas dibatalkan kerana kelas bakal bermula selepas cuti midsem, ( bengang tahap gajah tahu! ) . Namun, kesempatan itu kugunakan untuk mencetak repot yang tergendala tadi. Dengan  penuh semangatnya aku membawa pendriveku ke CC yang berdekatan. Ketika itu, terlalu ramai pelajar yang menunggu giliran sehinggalah tiba giliran seorang awek di depanku. Dengan muka yang bersalah dan ketakutan, beliau mencucuk pendrivenya dan selang beberapa minit beliau terus mengeluarkan pendrive tanpa mencetak apa-apa. Aku mula curiga dan rasa tidak sedap hati, namun kerana kasihankan rakan-rakanku yang menanti di luar aku mencucuk pendrive dengan rakusnya. Tiba-tiba....

MALWARE detected! Errrr... aku keluarkan pendrive dan sekali lagi mencucuknya. Ternyata pendriveku dijangkiti virus, patutlah awek tadi ketakutan. Rupanya beliau telah menyebarkan virus pada PC di CC tersebut dan mangsanya adalah pendriveku! Terasa panas badanku, kerana menahan marah. Selesai menguruskan repot tadi, aku terus pulang ke bilik dan mengscan pendriveku. Memang benar telahanku, penuh Trojan dan Worm.... Grrrrr, seperti biasa mulut kutahan dari mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya tetapi aku gagal mengawal hatiku. Bukan main laju dia mengutuk awek tadi, tak sempat kutahan. Adoiiii...

Apalagi, aku terpaksa mengformat semula pendriveku yang mengandungi pelbagai gambar kenangan dan music video kegemaranku tak lupa juga kertas-kertas esainmen yang separuh siap. Dengan perasaan sedih, aku mengformat pendrive tersebut maka pendriveku kini kosong sekosong-kosong hatiku. Petang itu, aku bersiap ala kadar untuk ke makmal yang terletak nun jauh di atas bukit. Aku dan rakanku terpaksa berjalan kaki mendaki bukit yang tinggi itu. Sesampainya kami di sana, kami berhenti rehat di kawasan yang beraircond untuk menyejukkan badan. Namun, selang beberapa minit kudengar suara rakan-rakanku yang lain berbual dengan seorang Pembantu Makmal.

Aku memasang telinga mencuri perbualan mereka dan... 
#$%&*@!!!
Ramai juga yang mencarut, rupa-rupanya Kelas Amali di makmal juga dibatalkan kerana akan diadakan selepas cuti midsem. Aku bertambah bengang, kerana telah membazir masa dan tenagaku. Nak menangis pun ada. Kami pun beramai-ramai berjalan menuruni bukit tadi dengan perasaan bercampur baur; geram, sedih, bengang. Agaknya kalau dicampur semuanya mungkin boleh dibuat belacan.

Sampainya dibilik, aku merenung semula semua perkara yang terjadi pada hari tersebut. Baru kusedar, betapa teruknya hari yang kulalui. Mungkin inilah akibatnya jika tidak memulakan aktiviti harian dengan Basmallah. Namun, aku kuatkan keazaman bahawa adat menuntut ilmu memerlukan kesabaran yang tinggi. Kemudian, aku pun.... tertidur kepenatan.

## Moral of the story : Bacalah Bismillah selalu. Btw, TAHNIAH kepada Sis Wanie ( FirdaniLoveStory ) sebab dah grad, sayangnya kita tak sempat berjumpa kan? Kepada semua, maaf sangat2 sebab entri ni panjang dan agak pelik dari kebiasaan. Oh yaaa, selamat Hari Raya Aidiladha semua. 

p/s : Esok balik Ganu, yeeehaaaa!!! Rindu nok jupe Ashaari, kahkahkah
Gambar kredit to : DuniaSukan.com

Monday, October 10, 2011

Jamuan Raya

Situasi 1

Dalam perjalanan ke kuliah, kelihatan ramai pelajar, staf staf dan pensyarah tengah menjamu selera kat khemah yang konon konon ala open house. Banyak jugak makanan macam sate, lemang ( makanan raya... ). Tiba tiba... 

B : Beb, jom makan makan nak?
MN : Hah!!! Kat khemah tuh? Nak nak ( pantang nampak makanan free! )

Maka, dengan bangganya mereka berjalan ke arah khemah tu sambil diikuti beberapa orang lagi kawan kawan yang lain. Namun,

Pak cik Sesat : Eh, dik... Maaf staf sahaja ( sambil angkat tangan )

Dengan muka malu dan kecewa, mereka melangkah masuk ke dewan kuliah segera sambil mulut terkumat kamit mengutuk pak cik sesat tadi

Situasi 2

M : Hari ni ada open house kat FST, jom pegi nak?
MN : Kau ni betul ke, kang jadi macam hari tu. Taknak dah aku....
M : Ni khas untuk student je.. kul 11 kang, tapi kita pegi pukul 12 k
MN : Hummm... tengoklah

Time pukul 12, dengan semangatnya mereka ke open house FST tu tapi

MN : Kau tengok,  ada sisa je!!!
M : T______T

Situasi 3

U : Malam ni ada open house yang PMU punya
MN : Mana kau tahu??
U : Dalam kad raya yang dia hantar kat rumah tu
MN : Oooo, heheh aku tak baca pon. Jom pegi, dah 2 open house aku tak boleh pegi tau
U : Malam ni...

Tut tut... tut tut...

MN : Arghhhhh!!!!!
U : Kenapa??? Kenapa???
MN : Nah, baca

U : Arghhhh!!!! tidak tidak!!!

Akhirnya, sampai ke sudah tak dapat pergi open house. Ada tak sape sape nak buat open house lagi??

p/s : Sori semua, tak dapat nak update blog macam dulu sebab takde masa free. ( Maklumlah kena uruskan rumahtangga, kahkahkah ) (^___^)V

Sunday, September 18, 2011

Menyampah!!!!

Ya, semua orang tengah menyampah sekarang sebab cuti raya dah habis. Menyampah jugak sebab tetiba dashboard blog berubah wajah. 

Jugak menyampah sebab biskut raya dah habis. Lagi menyampah sebab fesbuk pon berubah wajah ( berapa kali dah duk tukar je... )

Tambah lagi menyampah sebab cuti sem dah habis, ye dah HABIS. Punyalah syok beraya tiba tiba kena packing barang puler. Biskut raya belum lumat lagi dalam perut, lemak pun tak sempat nak bertakung.

Tapi lebih menyampah bila pegi daftar takde banner atau board yang sambut kepulangan semua pelajar lama. ( maklumlah first time jadi senior ) Grrrrrr!!!!!


p/s : sangat sibuk rasa nak hantuk kepala kat bantal

Monday, August 29, 2011

Salam Perantau Perasan

 

Ucapan : Selamat Hari Raya buat ibu yang sedang menjahit, ayah yang tengah tengok tv, dan adik yang selamat pulang pagi tadi. Kita bersalaman di hari raya nanti. Tak lupa juga kepada rakan bloggers sekalian, Selamat Hari Raya dan  maaf zahir batin. (^__^)V

Daripada : Miz Novexx dan KahKahKah Crews yang dah bertapa kat rumah selama 4 bulan
Lokasi : United Kingdom Malaysia

p/s : Alahai, kantoi habes! Lupa nak censored tulisan kat belakang tu

Friday, August 26, 2011

Budak Budak Sekarang

Trend
- tak payah nak ............... sangatlah kan
- ....... giler
- kita bako kita bako

Annoying :
- wth ( dan sepupu sepapatnya )
- macam gampang
- sukew cgt tgk dyownk 

Super Annoying :

p/s : esok lusa dia balik memang kena sorok henset

Tuesday, August 23, 2011

Mercun

Pada suatu petang lagi sejam nak berbuka, Anis sedang berjalan jalan pusing bazaar ramadan. Tiba tiba dia ternampak ada orang jual mercun. Anis pun pergi ke arah penjual mercun tu,

Anis : Bang, nak beli mercun sepuluh hinggit
Tukang Jual : Boleh boleh, adik nak mercun apa?
Anis :Bagi mercun paling kaw kaw bunyinya
Tukang Jual : Hah??
Anis : Derrr, maksudya mercun yang paling kuat skali bunyi
Tukang Jual : Ohh, ye ke. Jap abang cari

Selang tiga minit,

Tukang Jual : Nah, dik ni mercunnya
Anis : Wah perli ke?? Kalau yang ni takat baling kat nyamuk pun takde efek la bang
Tukang Jual : Dah awak tu perempuan, takkan nak main mercun bola kot
Anis : Yelah, tapi beragak la. Takkan nak bagi saya main mercun pop pop ni
Tukang Jual : Yang tu je sesuai ( sambil buat muka taknak layan )...

p/s : Orang perempuan selalu tak boleh main mercun yang bunyi macam kereta kebal T_____T

ohhh patutlah, ada gambar gegel kat kotak

Sunday, August 21, 2011

Jom Buat Macarons

Tahukan apa tu macarons? Macarons bukan sejenis macaroni tapi sejenis kuih yang comel berwarna warni. Macarons ni dah jadi kegilaan orang perempuan sebab comel. Dah nama perempuan apa je yang comel terus suka walaupun tak sodap. Tapi macarons ni sedap!

ni je gambar paling comel

Senang je nak buat macarons ni, bahan bahan yang kita perlukan :

- Pen / marker...
- Kertas A4 kosong

Cara cara nak buat :

- Ambil kertas A4 tadi dan letakkan depan kita.
- Bukak penutup pen ataupun marker tu
- Mulakan dengan menulis huruf M...A...C...A...R...O...N...S
- Eloklah ditulis dengan warna yang berbeza
- Taraaaa!!!! Siap..

p/s : sebenarnya, tengah cari resepi macarons ni (-____-)V

Friday, August 19, 2011

Kejut Sahur

Kalau nak kejutkan orang bangun sahur, memang kena kerah tenaga lebih. Sebab ni lah tugas paling mencabar. Jadi kita kenalah guna cara yang terbaik dan paling efektif. Contohnya macam ni :

1) Jerit nama dia kuat kuat


2) Letak jam loceng betul betul kat telinga dia


3) Tarik bantal yang dia guna buat tidur


4) Tarik selimut yang dia gunakan


5) Tutup kipas ataupun air cond


6) Tendang katil tempat orang tu tidur


7) Pegang ibu jari kaki dia lepas tu tarik kuat kuat macam toyol buat


8) Simbah air sebaldi


9) Goyang badan dia lepas tu jerit hantu! hantu! 


10) Tarik badan dia sampai ke meja makan....

Dah!!! Senang je kan, selamat mencuba dan selamat beramal! (^__^)V
bangun sahur tu cover sikit muka ;)

Wednesday, August 17, 2011

Dendang Perantau

"Di hari raya,terkenang daku kepada si dia.... "


Kakak : Alah, sape pulak hantar mesej pagi pagi nih
Dah orang suruh call, kita call jelah kan. Takpe, tak membazir kredit pon.

Adik : Kak, kabo ke mak orang balik 27 ni
Kakak : Hah, bakpe lambat ngat?? ( saja buat buat tanya... )
Adik : Tiket dah habis lah ( nada berserah je )
Kakak : Ohh... hahah, padan muka!! padan muka!!!
Adik : Gini ar opp, sapai hati... sob sob
tak paham, buat buat paham.... :D

Nasiblah cuti sekolah lambat, balik time dah nak raya pulak tu...

p/s : untunglah unibersiti cuti panjang, kan kan (^___^)V

Sunday, August 14, 2011

Picnic Bulan Puasa

4 tahun lalu....

Fifie, Qiqie dan Ninie ( bukan nama sebenar ) adalah pelajar di sebuah sekolah bernama MRZM. Mereka kawan baik dan duduk sama sama dalam kelas. Banyak persamaan antara mereka sampai bulan mengambang pun sama!

Apa lagi, di bulan puasa yang mulia ketika semua orang tengah menahan lapar dan dahaga, mereka bertiga telah membuat plan untuk picnic dalam kelas pada waktu prep. Maklumlah, bulan puasa takde orang yang rajin datang prep, semua terbongkang kat bilik

Jadi, masing masing bawak beg yang penuh dengan makanan, semua benda ada kecuali nasi. Air pula setiap sorang wajib ada sebotol ( air mineral je ). Dengan menggunakan buku sebagai pendinding, ( konon konon tengah study ) mereka bertiga makan dengan senang hatinya. Botol air siap letak atas meja, dengan plastik makanan berterabur di meja.

Tengah syok makan tadi, tiba tiba pintu kelas ditolak dengan kuat. Maka masuklah seorang jejaka dengan penuh selambanya. Fifie, Ninie dan Qiqie cepat cepat sorokkan makanan dalam beg tapi terlupa botol air atas meja. Nasib baiklah meja mereka penuh dengan buku. Jejaka tu classmate mereka, yang tengah blur dengan masalah cinta. Jadi dia tak perasan pun yang mereka bertiga tengah makan. 

Lepas masuk beberapa minit, jejaka tu tegur mereka "rajin korang study, good luck weyh!". Mereka bertiga tersenyum saja, dan jejaka tu pun keluar dari kelas. Mujurlah, mereka semua tak terkantoi dengan jejaka tu....

ni iklan jer~~



Tuesday, August 9, 2011

Band Monyet

Maaf tak dapat nak 
blogwalking and drop comments 
sebab "band monyet" 
buat hal....



Sunday, August 7, 2011

"Segmen Wanie: Doodle Raya Free"


Memandangkan mood raya semakin tinggi, tetiba rasa nak join segmen yang Wanie buat ni. Best, sebab dapat doodle free!!! Muahahahahah....


Kalau nak join senang je, klik banner kat atas tapi korang kena jadi follower blog Wanie dulu.

Syarat syarat nak join kata Wanie : 

* Buat entri tajuknya "Segmen Wanie : Doodle Raya Free"
* Letak banner comel tu dalam entri lepas tu linkkan ke blog Wanie
* Dalam entri tu kena ada :
   a) warna doodle ( max 3 kaler ) = so nak kaler purple, pink, hitam 
  b) nama : Miz Novexx 
  c) aksesori kat tangan??? emmm... nak letak baNgles boleh??? 
*Tinggalkan link entry yang dah siap dekat bahagian komen


Senang je kan??? heheh... thanx Wanie sebab buat segmen ni!!! :D



Saturday, August 6, 2011

Malang Lagi!!!

Apabila Puan Emak ajak keluar, Si Anak dengan eksaitednya bersiap siap sebab nak ikut ( maklumlah dah 3 hari tak shopping ). Lepas dah bersiap, macam biasa Puan Emak suka bawak kereta so beliau aje yang drive. Tapi...

Mak : Kakak, pegi ambik perfume kereta dulu. Kasi wangi sikit kereta

Sebagai anak yang menurut perintah, Si Anak pun pegilah ambik pewangi kereta tu dalam rumah. Kerana teruja dengan design baru pewangi tu Si Anak pun usha lah pewangi tu.

Si Anak : Wow!! Design botol ni unik giler ( 'giler' dengan budak2 sekarang memang tak boleh dipisahkan )

Maka Si Anak pun godek godek botol tu. Tercari cari kat mana nozzle pewangi tu. Bila tak jumpa, Si Anak ni dengan eksaitednya main picit je tempat mana yang boleh picit. Tiba tiba....

Si Anak : Arghhhhh!!!!! Macam mana aku tak perasan tempat keluar dia kat sini?? Huwaaaa...

Nozzle perfume tu betul betul mengadap badan Si Anak. Habislah baju Si Anak terkena perfume free, SEKIAN~~~

* GRRRR!!! Dulu perfume lelaki sekarang perfume kereta pulak... pfffft!!!


Musuh ketat!!!

P/S : Bulan puasa tak baik gelakkan orang (^___^)V


Thursday, August 4, 2011

Jangan Tengok Kartun

Ini perbualan petang tadi, tapi tak kesahlah. Replay banyak kali pun takpe

Fafau : Mek, aku tengah sedih ni!! :(

MN : Jomlah gelak banyak banyak

Fafau : Macam mana nak gelak

MN : Tengoklah kartun, jom!!!

Fafau : Katun.... channel berapa???

MN : 615, hahah

Fafau : Channel tu memang best....  tapi adik2 aku tengah tengok national geographic.. :D

MN : Errr, matangnya adik adik kau. Malu aku (-____-)V

Fafau : Haha... malu tak malu tak?? :P

MN : Cissss...

Moralnya : Lepas ni jangan tengok kartun lagi, budak budak pun tak layan.


 


Wednesday, August 3, 2011

WW : Pujuk

 

Grrrrr....suka budak tu mamat hensem yang pujuk!!!


Monday, August 1, 2011

Salam Ramadan

 

Puasa penuh tahu!! Jangan nak tinggal pulak ;)

Friday, July 29, 2011

Rambut yang Style Habis!!!

P/s : Kepada yang sempat baca entri semalam, sila abaikan. Semalam mood kurang stabil....

Rambut tu aset penting bagi lelaki ( perempuan pon penting kalau freehair ). Kalau rambut hancuss jatuhlah saham, kan? Sebab tu lelaki sangat sensitif bab gaya rambut ni.

Kalau trim rambut mesti nak nampak bergaya. Barulah hensem dan ramai awek terkinja kinja. Cuba tengok contoh rambut kat bawah ni, macho tahu. ( Sape yang cakap tak macho memang nak kena tarik rambut!!!! ) Hilang stress tengok rambut macho macam ni... (^__^)V

WARNING!!! Sila tengok rambut jangan tengok rupa


David Beckham - ikon rambut

Cristiano Ronaldo

Mesti ramai tak kenal... ni Rob Bourdon drummer LP, sila abaikan rambut beliau yang sekarang

Cesc Fabregas

Mr Hot!!! Jensen Ackles

Paul Digiovanni ( sila jangan minat beliau!!! )

Taylor Lautner

Siwon ( Thanks pada bloggers yang bagitahu nama mamat ni kat entri sebelum ni )

Andy, drummer Estranged

Logan....

 
Josh Duhamel

Kesimpulan : Rambut pacak lebih dominan.

Errr.... kenapa Botak takde dalam senarai??? Ohh lupa, Botak kan botak


Nak jugak buat entri style rambut perempuan, tapi aurat pulak.... 

Wednesday, July 27, 2011

Tuesday, July 26, 2011

Rugi Tak Tengok

Ingat lagi cerita feberet time bebudak dulu?? Masa tu tak kenal lagi apa tu Upin Ipin, tak kenal ape tu berukband... tak kenal sume benda lah senang cakap. Masa kecik tahu tengok cerita feberet ni jer.

Ni list cerita feberet zaman kecik kecik dulu, diulang 'kecik'

1  Barney and Friends
Bujur oren : Demi lovato n Bujur hijau : Selena Gomez
  memang tak boleh miss cerita ni, sebab suara sengau Barney tu menggoda jiwa

2  Teletubbies
    Oh cerita ni best sebab selalu ada aksi tunjuk perut ( yang kaler hijau tu )

3  Usop Sontorian
    best sebab si Usop tu rambut botak... erk botak???

4  Power Rangers
    kalau tak tengok rasa nak nanges je, sebab bertimbun mamat hensem ada

5  Sailor moon
    malu nak cakap, tapi katun ni feveret semua budak pempuan kot zaman tu... sekarang dah tak layan, maluuuu


6 Big Bad Beetleborg
hahah, nasib baik Gua Tertidur yang ingatkan, dah lupa pulak pasal citer ni... yang ni lagi best sebab ada Drakula hensem. Nak tahu lagi banyak pasal citer ni sila klik kat nama tu ;)

Oppppss, lupa... apa cerita feberet korang???