Friday, July 29, 2011

Rambut yang Style Habis!!!

P/s : Kepada yang sempat baca entri semalam, sila abaikan. Semalam mood kurang stabil....

Rambut tu aset penting bagi lelaki ( perempuan pon penting kalau freehair ). Kalau rambut hancuss jatuhlah saham, kan? Sebab tu lelaki sangat sensitif bab gaya rambut ni.

Kalau trim rambut mesti nak nampak bergaya. Barulah hensem dan ramai awek terkinja kinja. Cuba tengok contoh rambut kat bawah ni, macho tahu. ( Sape yang cakap tak macho memang nak kena tarik rambut!!!! ) Hilang stress tengok rambut macho macam ni... (^__^)V

WARNING!!! Sila tengok rambut jangan tengok rupa


David Beckham - ikon rambut

Cristiano Ronaldo

Mesti ramai tak kenal... ni Rob Bourdon drummer LP, sila abaikan rambut beliau yang sekarang

Cesc Fabregas

Mr Hot!!! Jensen Ackles

Paul Digiovanni ( sila jangan minat beliau!!! )

Taylor Lautner

Siwon ( Thanks pada bloggers yang bagitahu nama mamat ni kat entri sebelum ni )

Andy, drummer Estranged

Logan....

 
Josh Duhamel

Kesimpulan : Rambut pacak lebih dominan.

Errr.... kenapa Botak takde dalam senarai??? Ohh lupa, Botak kan botak


Nak jugak buat entri style rambut perempuan, tapi aurat pulak.... 

Wednesday, July 27, 2011

Tuesday, July 26, 2011

Rugi Tak Tengok

Ingat lagi cerita feberet time bebudak dulu?? Masa tu tak kenal lagi apa tu Upin Ipin, tak kenal ape tu berukband... tak kenal sume benda lah senang cakap. Masa kecik tahu tengok cerita feberet ni jer.

Ni list cerita feberet zaman kecik kecik dulu, diulang 'kecik'

1  Barney and Friends
Bujur oren : Demi lovato n Bujur hijau : Selena Gomez
  memang tak boleh miss cerita ni, sebab suara sengau Barney tu menggoda jiwa

2  Teletubbies
    Oh cerita ni best sebab selalu ada aksi tunjuk perut ( yang kaler hijau tu )

3  Usop Sontorian
    best sebab si Usop tu rambut botak... erk botak???

4  Power Rangers
    kalau tak tengok rasa nak nanges je, sebab bertimbun mamat hensem ada

5  Sailor moon
    malu nak cakap, tapi katun ni feveret semua budak pempuan kot zaman tu... sekarang dah tak layan, maluuuu


6 Big Bad Beetleborg
hahah, nasib baik Gua Tertidur yang ingatkan, dah lupa pulak pasal citer ni... yang ni lagi best sebab ada Drakula hensem. Nak tahu lagi banyak pasal citer ni sila klik kat nama tu ;)

Oppppss, lupa... apa cerita feberet korang??? 

Sunday, July 24, 2011

JADI KAKAK MEMANG BEST

Entri ni untuk sape sape yang ada adik je. Ramai kan yang mengeluh bila jadi kakak sebab kena mengalah la, kena basuh berak adik la, kena babysister la... bla bla bla...

Kenapa nak mengeluh? Padahal jadi kakak adalah benda paling best kat dunia. Seronok kot! Tak percaya?? Cuba lah kat rumah aksi ini,

Situasi 1
Kakak : Wan, lapor ah. Gi goreng telur sebijik, kawe nok makang nasik
Adik : Olohh ( alah ) malas weh
Kakak : Kalu dop orang taknok beli jam ke mung
Adik : ok ok...

Situasi 2
Kakak : Wan, tolong buang sampoh ni
Adik : Jauh ah, bakul sampah ada kat bawah
Kakak : Kalu dop kabo ke mak pasal tadi...
Adik : Holah holah...

Situasi 3
Kakak : Wan, nok pen ni buleh?
Adik : Eh, banyak hensem... mahal ni
Kakak : Okeh, tak jadi nak belanja Mekdi
Adik : Ehh, ambik la ambik la

Situasi 4
Mak : Sapa yang tumpahkan air ni??
Kakak : Wan mak, dia la tadi minum dia kan mulut bocor tumpahlah air tu
Adik : Weh, bila masa orang buat
Kakak : ( Buat muka mengugut sikit )
Adik : pfft!!!!

Situasi 5
Kakak : Der, alang alang nak keluar tu beli la tshirt satu ye
Adik : Takdop pitih
Kakak : Kabo ke mak pasal awek mung...
Adik : Grrrrr!!!! Yelah.... ( sambil hentak kaki )

See!!! Kan best jadi kakak (^_-)V



p/s Macam mana ni, dia tak suka la Botak jadi abang ipar... adesss

Friday, July 22, 2011

Diari Semalam

Malam semalam...

( cakap sorang sorang )

*Malam ni mak nak tidur kat bawah, bolehlah aku online lama lama. Bak kata Fesbuk "online sampai lebam!" ( padahal LIKE... )

*Baik aku masak apa yang patut, yelah perut orang bujang mestilah kena diisi selalu. Nanti takde energy nak blogjogging.

Kat  dapur

*Nak masak murtabak megi la, lama tak makan. Lepas tu nak minum air coklat. Ohhh lupa, tadi ada pulut panggang. Yesss, boleh makan skali la ni. Konfem kenyang gilakk!!! Perut mesti tak berdendang kalau dapat makan semua ni.

Naik atas....

*Syoknya makan murtabak ni. Macam makan chicken chop je

maaflah, tak ambik kos Kulinari so tak reti nak hias

Selang sepuluh minit, lepas habis makanan tu

*Adoiii, kenyang la pulak. Nak baring ah kejap....

Pukul 5.30 pagi

*Cisss, buat penat je aku plan nak online lama lama sekali aku tido. Hmmmm... takpelaa esok jelah aku bw ngan hapdet blog.

Errrr, ekceli masak murtabak ke goreng murtabak??? heheh... maaflah, dah tiga tahun tak blajar KOMSAS (^__^)V

Wednesday, July 20, 2011

Ada MONSTER kat Hospital

Sudah skodeng Youtube ke belum?? Kalau belum takpe, kita tengok kat sini jelah. Ni single terbaru Paramore lepas Farro's brothers keluar dari band ni.


* dulu minat Paramore tapi dah turun 20% bila Josh Farro keluar tapi naik balik 10% bila tengok Taylor dalam MV ni....

* tajuk Monster tapi tak nampak pon Monster dalam ni

* sape pulak la ni, boifren baru kot (^__^)V

Warning : Asal bukak je blog ni mesti ada mamat hensem, lalalalalala

WW : AWET MUDA






Senyum sokmo untuk kekal awet muda!!!

Monday, July 18, 2011

Daim vs Botak

Sebenarnya kan, Botak tu lagi femes daripada Daim. Nak tahu kenapa? Sebab...
  • Daim tu lembik, Botak pulak ganas
  • Daim tu skema, Botak pulak otai
  • Daim tu ada taik lalat, Botak pulak takde taik lalat ( lalat takut nak berak )
  • Daim tu penakut, Botak pulak berani
  • Daim tu lemau, Botak pulak harimau
  • Daim tu budak biasa, Botak pulak house captain
  • Daim tu hero tapi Botak lagi macho
  • Daim tu kulitnya coklat, Botak pulak kulit putih
  • Daim kurus, Botak taff
dan sebab paling utama ...
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Daim ada rambut tapi Botak tu botak

p/s : malam ni last episod Juvana, tak sanggup nak clash dengan Botak... T_____T

Thursday, July 14, 2011

Kisah Benar

Pada suatu malam yang sepi.....

Mak : Kakak, bukak laptop kejap mak nak baca berita la malas nak bukak PC
Anak : Okey Mak!!!

3 minit masa nak bukak laptop

Mak : Kakak, 'mantop' wallpaper
Anak : Mestilah, tengok orang la mak. Kalau nak lagi mantop lepas ni kakak cari.
Mak : Hah, baguslah kalau macam tu. Pegi tukar wallpaper tu, bagi nampak pompuan sikit!
Anak : Erk....... Yelah yelah mak.

Si Anak pun terpaksa cari wallpaper baru.


ni wallpaper lama
V
V
V

ni wallpaper baru
V
V
V
tadaa!!! cun tak???
motif : saja nak tunjuk wallpaper baru, lalalalalala~~~

Tuesday, July 12, 2011

SEMUT

Di suatu kampung yang berdebu bernama Tak Bodoh, kelihatan dua orang sahabat sedang bermain. Sorang namanya Nono dan sorang lagi Anip. Nono seorang yang nakal dan suka membuli Anip, kerana Anip seorang yang lurus macam bendul. Ketika mereka sedang bermain enjit enjit semut...

Enjit enjit semut, sape sakit.....

Anip : Adui mak hang, apa ni??
Nono : Bakpe weh
Anip : Cheq tak tau la binatang apa yang  sengat lengan cheq
Nono : Meh aku nok tengok
Anip : Uih hang ni tak malu ka nak tengok lengan cheq, aurat ni!! ( dia pakai baju lengan panjang )
Nono : Bila masa mung  jadi puang ni ?? siap beraurat bagai....
Anip  : err...

Nono yang nakal tapi masih baik hati tu pun tengok la apa yang sengat lengan Anip tu. Sekali tengok, humpphhh, berdarah!! Yang berdarah tu tak kisah la, tapi yang membuatkan si Nono tu terkejut katak bila dia tengok kat lengan baju Anip ada sekor semut buat lambang PEACE kat dia. Terus pengsan Nono tadi.

Anip : Huh!!! Tak boleh harap kawan cheq ni

Anip biarkan je si Nono tu pengsan ( takde perasaan betul ). Dia pon tengok la lengan dia yang berdarah tu. Dia terkejut tengok semut tu tapi dia cover macho.

Anip : Sengal semut ni, gigit cheq sampai berdarah!! ( Anip sopan, dia tak mencarut vavi ke shial ke )

Malam kejadian, Anip demam panas. Adik Anip sibuk duk baca ayat tu ayat ni, mintak supaya abangnya sembuh. Bukan apa, nanti sapa nak belanja dia eskrem. Keesokannya, Anip sihat macam biasa cuma..........

Anip : Hai everybody... saya tak bodoh!!! Maaf saya bukan seekor semut, lalalala

Itulah yang terjadi pada Anip. Akibat penangan gigitan semut tu Anip dah jadi sengal. Tiada lagi Anip yang lurus.

Hai Anip (^_^)V PEACE

Sunday, July 10, 2011

Tolong!!!! Gila Sedap Lagu Ni...

Miz Novexx ni :
  • anti betul KPOP
  • tak suka lagu lagu kumpulan KPOP
  • tak layan Nobody Nobody ke, GirlsGeneration ke, sorry sorry ke, Soju ke
  • tak kenal pon mana satu GirlsGeneration, Wonderland ke blablabla tu
Tapi, bila first time dengar lagu ni rasa macam nak menjerit. Sebab best gilakkk!!! Kalau boleh makan rasa nak makan jer lagu ni. Baru puas hati. { Okess, part nak makang tu lebong ( tipu ) je  } 

Lagu tu tajuknya No Other, lagu ni dah lama kan??? Yang Soju nyanyi tu ( tak tahu nak eja soju cemana... ) macam soya je! Tapi, masalahnya Miz tak reti nak nyanyi lagu tu. Berbelit lidah masa nyanyi part chorus dia.

Nak mintak tolong korang ajar cemana nak nyanyi lagu tu. Tolong la weh.... huwaaaa T____T
Nak tanya, sape nama mamat yang mula mula keluar pakai baju kotak tu ek. Errr... hensem!


p/s sape tak ajar nanti Botak belasah..... : P

Saturday, July 9, 2011

Tengah Merajuk Ni!!!


Bengang tak dengan perubahan kat fesbuk?? Pagi tadi Miz bukak fesbuk terkejut katak ( takde kaitan dengan katak kat sini ) tengok chatbox huduh benor. 

Dah berapa kali fesbuk buat perubahan. Ni semua Mark punye keje la. Tak paham betul, dia tu nak ubah mende mende kat fesbuk bukan nak cakap. Tau la busy, mesej je laa. Grrrrr..... Miz dah merajuk dengan dia sampai sekarang. Padan muka!!!

Tadi dah berapa kali dia miscall, Miz buat bodoh je. Mesej pun Miz tak balas. Biarlah, sapa suruh dia pandai pandai tukar application kat fesbuk. Rasakan....

p/s Tolonglah jangan percaya cerita ni

1st Anniversary giveaway Dunia sebenar Shida


Masa entri ni dibuat, Miz tengah bengang dengan fesbuk sebab suka hati jer tukar chatbox. Si Mark tu pun satu, nak tukar tak mesej dulu. Len kali bagitahu la sikit.

Terima kasih kat Dill dan Wanie yang tag Miz untuk join GA ni. (^_^)V Ni adalah GA yang first dibuat oleh Shida

Syarat syarat nak join :
  • Buat entri tajuknya "1st Anniversary giveaway Dunia sebenar Shida" and copy banner lepas tu linkkan ke blog beliau
  • LIKE fanpage beliau kat fesbuk, tak kisah nak follow ke tak
  • jawab soalan ni "pendapat anda tentang shida dan blog shida"
  • tag 3 orang bloggers 

Pendapat Miz tentang blog Shida:

Blog beliau sangat cantik, sebab kaler biru. Lepas tu, loading tak lama and ada chatbox ngan shoutmix. Lagi satu beliau sangat kreatif, dan header blog sangat semat. Ada ciri ciri feminin kat situ.... heheh, sekian ;)

So, Miz nak tag

Friday, July 8, 2011

Jom Berblogjogging Bersama Cik Pop

Yes, hari ni Miz sempat join segmen Cik Pop. Special thanx to zie_ira yang tagged Miz untuk join segmen ni. So sekarang masa untuk join!!! :)
klik pada gambar
boleh klik SINI jugak

so Miz nak tag :
Paan ( sebab dia pemalas )

Wednesday, July 6, 2011

BABAK PERTAMA

Pada satu hari ( hari Isnin ) Botak keluar jalan jalan dengan Panjang, Fit dan Ayam sebab nak temankan Fit beli barang. Tak tahu barang apa... Masa tengah tunggu budak tiga ketul tu, Botak pun pergi tandas sebab nak lepaskan hajat. Tiba tiba, dia terpandang....

"Babak Pertama bermula, saatku terlihatmu..." ( pasang lagu tu )

Botak : Alamak, ada awek pulak depan toilet tu. Nak usha la, "peeeewiiiiit"
Awek : Pehal mamat ni duk suit suit orang, dohlah botok ( awek ni ada problem sikit bahasa Melayu tapi terer bahasa Ganu ) Grrrr.... ( sambil jeling )
Botak : Pergh, jeling manja pulak.... ni bagi Greenlight la tu ( Botak pun pergi kat awek tu )

5 minit masa perjalanan Botak

Botak : Psssst.... psssst....
Awek : Eh, nak kencing ke??
Botak : Macam mana dia tahu ni ( monolog dalam hati ). Errr, ha'ah tapi tak tau toilet kat mana ( sambil garu kepala yang botak )

Tiba tiba, Awek tu pun keluarkan something dari beg dia...

Awek : Nah, ambik ni
Botak : HAH!!! Nak buat apa???
Awek : Tadi cakap nak kencing, ambik laa
Botak : Tapi..... takkan awak nak suruh saya kencing dalam plastic bag???
Awek : Padan muka!!! Toilet depan mata tak nampak, kencing je la dalam beg tu...
Botak : Hihihihihi... ( gelak malu ) Apa la awak ni, malu saya
Awek : Hmmmmphhh..... Babai

Botak yang tengah pening pening lalat baru perasan Awek tu dah lari tinggalkan dia sorang sorang, so dia pun teruja kejar Awek tu sampai semput.

Botak : Awak, tunggu!!!
Awek : Apa lagi, tak kencing lagi ke???
Botak : Nak kenal boleh
Awek : Cehh, cakap la awal awal... Tadi cakap nak kencing, grrrrr
Botak : Heeee... sorii ( senyum sambil buat muka comel )
Awek : Adussss Saleh!!! Giler comel dia senyum, macam Johan Asari ( monolog dalaman )
Botak : Yang awak senyum tu kenapa?
Awek : Sebab awak comel... opssss ( terlepas cakap )
Botak : Awak puji saya comel?? ( nada eksaited )
Awek : Mana ada ( tengah blushing )
Botak : Eleh.....

Inilah detik perkenalan Miz Novexx dengan Botak. Sekian..... :) *dongengan semata mata

IKLAN JAP
  • Kepada iPai, Cundaa, dan Wanie, berani korang kacau Botak ngan Bumblebee yer, siap la korang.... :P
  • Tak sabo nak tengok kazen kawen ;)