Friday, November 4, 2011

Kononnya Cerpen : Spoil Day

# Salam semua, maaf sangat-sangat sebab blog ni dah lama single sebab kena tinggal dengan tuan dia. Padahal bukan busy pun, tapi sebab takut nak berblogging. Kang dah addicted, habes buku tunggang langgang entah kemana.


Tak tahu nak cerita pasal apa, so cerita pasal aktivitI harian boleh? Semuanya berlaku dalam satu hari, so kita panggil hari tu Spoil Day. ( OK, tak baik merungut... )

Cerpen baru setat.... :D

Spoil Day tu baru je berlaku dalam minggu ni. Sewaktu diriku sedang kelam kabut menyiapkan repot a.k.a laporan ( maklumlah suka buat keje last minit, hobi... ). Oleh itu, aku bangun seawal pagi untuk menyiapkan repot tersebut. Sengaja kubangun awal kerana seorang lecturer baru yang akan mengajar pada hari tersebut. Ikutkan hati, ingin sahaja aku memonteng kelas tetapi memandangkan lecturer tersebut garang tahap cipan terpaksalah aku datang. Kerana terlalu takutkan lecturer tersebut, aku terpaksa menahan kerenah perut yang meronta minta diisi dan juga hasrat hati untuk mencetak repot tadi. Aku takut kerana sekiranya lambat ke kelas ini, lecturer tersebut akan menghalauku keluar dari kelas ( dahsyat giler lecturer ni, suka halau orang... )

Pabila panas di kerusi mula membahang, aku mendapati kelas dibatalkan kerana kelas bakal bermula selepas cuti midsem, ( bengang tahap gajah tahu! ) . Namun, kesempatan itu kugunakan untuk mencetak repot yang tergendala tadi. Dengan  penuh semangatnya aku membawa pendriveku ke CC yang berdekatan. Ketika itu, terlalu ramai pelajar yang menunggu giliran sehinggalah tiba giliran seorang awek di depanku. Dengan muka yang bersalah dan ketakutan, beliau mencucuk pendrivenya dan selang beberapa minit beliau terus mengeluarkan pendrive tanpa mencetak apa-apa. Aku mula curiga dan rasa tidak sedap hati, namun kerana kasihankan rakan-rakanku yang menanti di luar aku mencucuk pendrive dengan rakusnya. Tiba-tiba....

MALWARE detected! Errrr... aku keluarkan pendrive dan sekali lagi mencucuknya. Ternyata pendriveku dijangkiti virus, patutlah awek tadi ketakutan. Rupanya beliau telah menyebarkan virus pada PC di CC tersebut dan mangsanya adalah pendriveku! Terasa panas badanku, kerana menahan marah. Selesai menguruskan repot tadi, aku terus pulang ke bilik dan mengscan pendriveku. Memang benar telahanku, penuh Trojan dan Worm.... Grrrrr, seperti biasa mulut kutahan dari mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya tetapi aku gagal mengawal hatiku. Bukan main laju dia mengutuk awek tadi, tak sempat kutahan. Adoiiii...

Apalagi, aku terpaksa mengformat semula pendriveku yang mengandungi pelbagai gambar kenangan dan music video kegemaranku tak lupa juga kertas-kertas esainmen yang separuh siap. Dengan perasaan sedih, aku mengformat pendrive tersebut maka pendriveku kini kosong sekosong-kosong hatiku. Petang itu, aku bersiap ala kadar untuk ke makmal yang terletak nun jauh di atas bukit. Aku dan rakanku terpaksa berjalan kaki mendaki bukit yang tinggi itu. Sesampainya kami di sana, kami berhenti rehat di kawasan yang beraircond untuk menyejukkan badan. Namun, selang beberapa minit kudengar suara rakan-rakanku yang lain berbual dengan seorang Pembantu Makmal.

Aku memasang telinga mencuri perbualan mereka dan... 
#$%&*@!!!
Ramai juga yang mencarut, rupa-rupanya Kelas Amali di makmal juga dibatalkan kerana akan diadakan selepas cuti midsem. Aku bertambah bengang, kerana telah membazir masa dan tenagaku. Nak menangis pun ada. Kami pun beramai-ramai berjalan menuruni bukit tadi dengan perasaan bercampur baur; geram, sedih, bengang. Agaknya kalau dicampur semuanya mungkin boleh dibuat belacan.

Sampainya dibilik, aku merenung semula semua perkara yang terjadi pada hari tersebut. Baru kusedar, betapa teruknya hari yang kulalui. Mungkin inilah akibatnya jika tidak memulakan aktiviti harian dengan Basmallah. Namun, aku kuatkan keazaman bahawa adat menuntut ilmu memerlukan kesabaran yang tinggi. Kemudian, aku pun.... tertidur kepenatan.

## Moral of the story : Bacalah Bismillah selalu. Btw, TAHNIAH kepada Sis Wanie ( FirdaniLoveStory ) sebab dah grad, sayangnya kita tak sempat berjumpa kan? Kepada semua, maaf sangat2 sebab entri ni panjang dan agak pelik dari kebiasaan. Oh yaaa, selamat Hari Raya Aidiladha semua. 

p/s : Esok balik Ganu, yeeehaaaa!!! Rindu nok jupe Ashaari, kahkahkah
Gambar kredit to : DuniaSukan.com

38 comments:

ORLANDO AHMAD said...

hoben jang hoben keh3

Aki said...

Ho ho ho.. Miss Novexx!! ^_^.v.. Balik sini nanti bawakan Aki Lekor ye.. :-p.. Ha ha ha..

Mr.Superman said...

hahaha..relax la,bole jd penternak cacing berjaya.dulu abg selalu je sebarkn virus kt lappy kwn2,cc,dan juga destop makmal.hahaha

klu kita x sebarkn,mmg x format la pendrive masing2.kesian,dia nk bersih diri jgk ;)

Unknown said...

herm..kesian pendrive awak kena virus erk..tapi mesti ade hard copy lam lappy kan..cume gambar n video jelah..


hermm..tulaaa, laen kali mulekan dengan membace bismillah yerrr..hehe..

Ct Aja said...

mane aweks yang kasi virus 2 habak mai, cek pi tarik telinga dia...

Wanie said...

hahaha..bace sampai habis kot ni..betul ke virus dari awek tu?tak pun memang komputer CC yang bervirus? keke..sepanjang hari ade je dugaan..lecturer dah balik kampung kot, len kali nak cancel inform awl2..marah gak ni..:D

rugi kan x dpt jumpe..huhuhu..btw, thanks =) update la hari2..tau? :)

semutsengal said...

wooo,

betul kau lepas gian menulis ni.


LALALALALALLALAL, botak oh botak !

dill said...

Salam Aidiladha, senior!

dill.

Unknown said...

hehe..you back... tu la, xbaca bismillah lg. hehe..

ika said...

haha...tu la...len kali baca bismillah...:) sabaq naaaa...salam aidiladha...

Unknown said...

aku rindu kau weyhh !

slamat ary rayee !

FaRaH_fUnKa_WeIrD !! said...

pulun jang pulun..hahahha..debar2 lak bace entri ko ni

Lea Isnawi said...

ooh tu sebab abaikan blog ye

rindu kamu jugak

hihi

YouSOF said...

Bukan Ashaari : Normal la. Bila², dekat mana² pun mesti ada yang bikin spoil.

Kalau bab hadiah virus dari CC tu pernah dapat jugak. Tapi takdelah sampai nak format pendrive. hehe


Yup tanpa Bismillah, hilangkan keberkatan sesuatu kerja tu.

Unknown said...

baa~ CAK!!

ala.. virus je pn..

Abu Bagi said...

hahaha kes kes yg biasa berlaku masa zaman2 aku sdty dulu.. tak pe isi lah hatimu yg kosong itu seperti ko masukkan lagi lagu2 kegemaran ko dalam pendrive itu hehehehe

~Sal Ismail~ said...

wuuh..panjangnyee..~ ;p

setuju ngn Abu..kes yg biasa berlaku zaman uni dolu~ huhu

Aisyah Aina said...

virus-2.

wehh..ashaari takde kat ganu la..dia tengah bercuti kat melaka sekarang..hahaha

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

noveeexx~! gila rindu kamu...len kali baca bismillah naaa.. =)

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

hah tu laa.. len kali baca bismillah naaa..!! novexxx, lama tak nampak. sumpad rindu kamuu.. huhuhu.. =)

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

hah tu laa.. len kali baca bismillah naaa..!! novexxx, lama tak nampak. sumpad rindu kamuu.. huhuhu.. =)

Nonie said...

alala miz..kesiannya.mcm2 berlaku yer dlm satu hari..

tak rsa nk melompat gembira ke bila semua kelas batal.???hooooreyyy la jawabnya,,,,hehehe

asfira aminuddin said...

babe, mesti rasa bengang gila kann. biasalah tu tak semestinya tiap2 hari kita akan jadi baik. u kuat :)

YouSOF said...

*Tak mahu buat elekat versi sendiri ke? ;D

khairul akmal bin azman said...

ciannye pendrive dia.
balik ganu leklok aw!

khairul akmal bin azman said...

epy nye..bella still with edward

khairul akmal bin azman said...

tq2..x sabar nak tgu awek jacob baru..

Addin said...

wahhh panjang nya . hehe :D

Mr.Superman said...

ehem2..tukar profile nmpk.sepet!hahaha :D

semutsengal said...

........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Far8 budak baik said...

hahaha lain kali nak cucuk tu..
tanye ar dulu..
hahahahahaha...
wehhhh aku rindu kau..
haha

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

wah kamu . lame tak nampak kan . :)

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

miss u dear!! faham2.. mesti bengang gila kan.. huhu.

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

miss u babe.. kesian pendrive kamu.. mesti bengang gile kan..

Mr.Superman said...

???????????????????????????????????























sunyi
































sepi






























rindu







































dendam






























update la makcik.

YouSOF said...

.......... menunggu ...............

Mr.Superman said...

syg3..lama btl menyepikn dri. :)


ehem,kejadian itu mmg realiti pny ye.dlm novel pun x dpt.

EnciK AxixOu said...

blik ganu jmpe sy tep..haha