Friday, February 11, 2011

Saya Berjaya Biakkan Lalat!!!


 kena kawenkan lalat neh
Untuk pengetahuan semua, hari Rabu lepas saya berjaya mengharungi satu cabaran yang mencabar a.k.a susah. Hari tu kitorang budak Bio kena biakkan lalat! Tapi bukan lalat yang kat umah tu.. (nasib baik...) tapi lalat buah. Alaa... yang kecik kecik tuh. Takdelaa geli sangat tapi lalat tu sangat aktif. Susah giler nak tangkap dorang! Nasib baek la kitorang dibekalkan ngan 'ether' (bahan kimia yang boleh menyebabkan seseorang pengsan kalo dihidu!). Kitorang kena berhati giler giler nak handle ether ni. Yelaaa, nak pengsankan lalat takot kitorang dulu yang pengsan! Nak tengok camne ether neh?? Hah, tekan bawah...
ether yang busuk lagi memeningkan....
Okey, saya nak citer sket pengalaman membiakkan lalat neh. Perasaan tuh susah nak cakap sebab sangat berdebar macam nak lari 800m! Betul, bukan takot ape, takot lalat tuh terbang. Mula mula kitorag kena pengsankan lalat Drosophila melanogaster (jenis mutant) neh dengan apply ether atas cotton. Pastu tekup kapas tuh dalam bekas yang ada lalat neh. Untuk grup saya, kitorang dapat lalat betina.

lalat betina spesis mutant 
Bila lalat dah pengsan, bolehlaa mula bahagikan lalat betina ngan jantan. Kitorang guna 9 betina dan amek 7 jantan dari grup depan ( sebab dorang pengsankan lalat jantan...). Bila dah cukup, kena cepat cepat masukkan dorang dalam tabung yang disediakan takot dorang sedar. 
kena masukkan dalam tabung
Tapi tengah syok bahagi bahagi neh,  lalat jantan yang membe grup depan pengsankan tu cepat sedar! Dahlaa lalat tuh liar aktif, mula la dorang terbang. Waaaaaaaaaaaaa!!!! kitorang sume terjerit jerit macam ape jer sebab nak tangkap lalat tuh. Hahahaha... cuba korang bayangkan camne. Lawak giler, lalat tuh kecik bajet boleh lak kitorang tangkap! Yang takleh blah membe kitorang cakap dah dapat tangkap lalat tuh dan lalat tuh ada dalam tangan dia. Tapi bila angkat tangan takde pon!
lalat jantan terbang tinggal tabung kosong.....
Atas kerjasama sume grup yang terdekat, berjaya gak lalat jantan tuh ditangkap (tapi tak semua laaa...). Bila dah siap campur jantan ngan betina, bolehlaa ketuk ketuk sket tabung tu untuk sedarkan lalat yang still pengsan. Mulanya saya cuak gak sebab lalat betina x sedar pon ingat dah mati la kan. Tapi dalam sepuloh minit baru sedar. Camnelaa hasilnya.
lalat betina akan kawen ngan lalat jantan

masa ni lalat betina tengah pengsan lagi..
Yang kelakar pasal lalat kitorang neh, ada sekor lalat jantan neh asyik jer ikot lalat betina tuh, tapi lalat betina tak layan pon dia. Kesian, sampai habis lab pon kitorang tengok dia asyik kejar jer. Well, tak sabar nak tunggu next lab sebab saya dan membe tak sabar nak tengok bakal cucu kami!! Hahaha.....
Anyway ini pengalaman yang menyeronokkan!!!

22 comments:

azzey said...

Dapat pengalaman baru ni....bagus juga ..:)

haysaku (",) said...

drosophilla melanogaster!
eh,betol ke spelling?haha.sy pon pnha da pngalaman nie.bes2!::)

Cik Cammy Lia said...

haha bestnye awk..sy cam teruja lak bace entry ni hikhik..mcm sy lak yg alami

Miz Novexx said...

azzey: sgt2 best
haysaku: soriii x perasan lak.. hehe

Mike Nakal said...

kalau pasal lalat biasa ni biasa je kita dengar cara dia membiak. ada satu lalat ni membiak lagi gila. dia kene bertelur kat organisma hidup seperti lembu, manusia dan sebagainya. lepas menetas,binatang tu akan hidup atas permukaan sampai besar. yang gile tu dia selalu lepak di bawah permukaan kulit.. gila2..

My recent post: Busy ke sombong?

Miz Novexx said...

ape name spesis lalat tuh??? creepynye..

MERAH said...

wahh bestnye.tapi comel je lalat tu.hihi.

Miz Novexx said...

comel ek?? nanti bila dah membiak saya bagi sekor nak?? ;)

MERAH said...

haha taknak!comel tapi GELI.hahaha :P

~SYAZ~ said...

ish~
best nye wat eksperimen cmni.. :D

Miz Novexx said...

boleh la tahan bestnyer, tapi susah gak nak jaga lalat neh

Eza said...

erk,1st time bace psl pembiakan lalat.hahhaa

Miz Novexx said...

hehe.... nak kongsi pengalaman je eza

syufaa said...

waaa..bestnye tgkkk!

fariza zulaika said...

tahniah2..mcm menarik..:)

Miz Novexx said...

haha.... syufaa and fariza, tq yer
doakan experimen ni tros berjalan lancar ;)

iklan said...

mantaf salam suksess kawan

Miz Novexx said...

thanks iklan!! ;))

+d.O.Y.A.h+ said...

tulisan kiut gile!
eh anyway, kirim gua satu eko lalat tanda syg. wakakaka

Miz Novexx said...

no hal laaa.... kehkehkeh
doyah,nak y kecik ke y besar??? ;))

Aku Skema said...

aduh..bleh buat haiwan peliharaan ni..haha

Miz Novexx said...

nak ke??? nanti saya bagi sekor... hehe